You Might Also Like

Tuesday, January 13, 2015

Jatuh Tersembam


Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning jatuh tersembam di hadapan Istana Presiden Elysee, Paris kerana menghadiri upacara himpunan solidariti untuk mangsa insiden Charlie Bebdo.
Continue ►

Wednesday, August 20, 2014

Sekarang Siapa Ejen BN?


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz memuji sikap Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang menurutnya, sering membangkitkan isu penumpuan industri pelancongan di Sepang.

Selain Hanipa, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga aktif membangkitkan hal itu di Dewan Rakyat. – Laporan Harakahdaily

Wah itu sudah bagus. Tapi kalau ikuy persepsi yang diajar oleh pemuka PKR, Saifudion Nasution dia kutip kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor, “Kalau musuh sokong kita ada yang tak kena”. Atau pendek cerita, Hanipa dan Terese sudah dibeli oleh BN?

Itulah persepsi yang cuba ditanam oleh PKR. Hanya bila bermusuh dengan mereka. Tapi bila ada untung, PKR kata halal.
Continue ►

Sunday, August 17, 2014

PAS Hanya Tempat Alas Kaki PKR

PETALING JAYA | Seorang Ahli DAP, Aspan Alias berkata PAS secara tidak sedar telah dijadikan ‘pengalas kaki’ oleh PKR.

Sebenarnya PAS menjadi korban kerana kebaikannya. Sesungguhnya isu hudud dan kalimah Allah yang disebut oleh DAP itulah yang merenggangkan pengundi kaum Cina dan Melayu terhadap PAS dan ini kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

“PAS hanya menjadi korban rakan-rakan kongsinya dengan ‘intrigue’ politik yang telah mengaibkan PAS.

“Lantaran kenyataan DAP yang “PAS is nothing without DAP and Chinese support” itu adalah kelakar dan sangat tidak jujur,” katanya di dalam blog aspanaliasnet.blogspot.com.

Menurut Aspan, kebaikan dan keterbukaan parti itu terhadap rakan kongsinya itu diambil sebagai kelemahan oleh parti-parti lain dalam PR.

“Mereka mengambil semuanya ‘for granted’ terhadap PAS.

“PAS dengan tenaga kerjanya yang begitu gigih dalam pilihanraya yang lepas mendapat jumlah kerusi yang berkurangan jumlahnya berbanding dengan PRU 2008. Parti itu hanya memenangi 21 kerusi, satu kerusi kurang dari PRU 2008,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dalam pengamatan beliau orang Melayu Islam walaupun sudah tidak berapa selesa dengan UMNO mereka tidak dapat menumpukan sokongan terhadap PAS kerana beberapa isu yang panas yang di sentuh oleh DAP.

“Kenapa Guan Eng menyentuh tentang isu nama Allah dalam ucapannya semasa menyambut hari Krismas sebab itu merupakan isu sensitif kepada orang Melayu kita?

“Kenapa PAS tidak berjaya memasukkan bersama hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat, sedangkan itulah salah satu isu perjuangan PAS yang besar?,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau menyebut isu ini kerana, jika pucuk pimpinan PKR mengambil keputusan untuk meletakkan seorang calon lain menggantikan Khalid Ibrahim, ia tidak semestinya diikuti oleh ahli-ahli dan penyokongnya lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi di atas pagar.

“Jika DAP benar-benar berpengaruh untuk menentukan kemenangan bagi PAS, kenapa PAS mendapat kerusi yang berkurangan dari DAP yang telah melonjak kemenangannya dari 28 kepada 38 kerusi dalam PRU yang lalu.

“Sesungguhnya keadaannya adalah terbalik, PAS mendapat berkurangan kerusi jika dibandingkan dengan pilihanraya 2008 dahulu,” jelasnya.

Bak kata pepatah, ‘cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga sakitnya’. Saya sudah mengagak yang PAS akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu.

“Jika itu juga sikap parti-parti rakan kongsi dalam PR di Selangor, kita tidak lagi berkeyakinan yang PR akan kekal mentadbir Selangor selepas ini,” ujarnya.

Continue ►

Friday, August 8, 2014

PKR Dan PR Sudah Ada Rafizi, Tak Perlu Ada Musuh Lagi

Ada benarnya... kan kan kan...

PKR Dan PR Sudah Ada Rafizi, Tak Perlu Ada Musuh Lagi


Rafizi Ramli, pengarah strategik PKR, berkata dengan sombongnya yang beliau sanggup melihat Pakatan Rakyat kalah jika itulah harganya untuk memberhentikan Khalid Ibrahim dari memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Kata-kata seperti ini melambangkan sikap dan sifat pimpinan PKR dan ia menunjukkan beliau sendiri bersifat angkuh dan rela semuanya hilang asalkan sahaja musuh politik dalam partinya dapat di hapuskan.

Bagi Rafizi. Biar hancur semua, Khalid wajib di buang dan tidak boleh lagi memegang jawatan Menteri Besar. Saya tidak tahu bagaimana masyarakat memandang Rafizi dengan kenyataannya yang sangat tidak baik matlamatnya dan kekurangan akhlak politiknya.

Dengan adanya pemimpin seperti Rafizi ini, PKR tidak perlukan musuh lagi. Orang-orang seperti Rafizi ini sudah cukup jika ada dua atau tiga orang dalam kepimpinan PKR sekarang ini sudah cukup untuk menjatuhkan parti itu.

Jika tidak dapat menjatuhkan buah yang dikaitnya, pokok buah itu akan di tebang. Yang penting buah itu mesti jatuh, biar pun kehilangan pokok itu. Dengan adanya pemimpin seperti ini ia akan lebih membuatkan rakyat terutamanya yang pernah menyokong PKR akan terasa terguris kerana mereka telah bersusah payah untuk menaikan pemimpin seperti Rafizi ini dan PKR itu keseluruhannya.

Jika benar apa yang akan di paparkan oleh PKR tentang salah laku Khalid, tidak sepatutnya ayat dan cakap-cakap seperti Rafizi itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar kerana beliau di persepsikan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi melangit.

Di Croatia dahulu setiap keluarga bukan Islam mesti membunuh orang Islam walaupun orang Islam itu adalah jiran mereka. Walaupun sudah berjiran dan bersahabat begitu lama mereka mempunyai hati untuk membunuh rakan dan jiran mereka semata-mata kerana sikap untuk menghapuskan orang Islam semasa peperangan saudara di negara itu.

Kita begitu hairan kenapa mereka mempunyai kudrat untuk membunuh saudara tetangga mereka. di sana, tetapi rupanya sikap seperti itu sudah berputik di negara kita ini dikalangan pemimpin-pemimpin kita dari PKR ini.

Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap Rafizi ini, hanya kita mengucapkan ‘may god bless you’ sahaja kepada beliau kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah sikap beliau itu.. Inilah pemimpin didikan Anwar Ibrahim. Seperti Rafizi, Anwar tidak kira apa yang berlaku kepada negeri dan negara, yang penting jalannya ke Putrajaya jangan ada halangan. Isterinya mesti menjadi Menteri Besar ‘at all costs’.

Jalan ke Putrajaya ini sememangnya terbuka luas untuk beliau melaluinya, tetapi aneh, beliau sendiri yang meletakkan halangan terhadap dirinya sendiri untuk kesana. Tetapi pihak-pihak lain pula yang di salahkan kerana ada halangan untuk beliau ke sana,

Sesungguhnya PKR sedang menghadapi kemusnahan kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Rupa-rupanya pendidikan yang tinggi tidak dapat memperbaiki sikap dan nilai negatif yang ada dalam setengah manusia pemimpin ini. Rupa-rupanya kekalahan PR dalam PRU yang lalu mempunyai hikmah yang sangat besar. Kalau PR berjaya dan Anwar menjadi Perdana menteri, tidak dapat di bayangkan apa yang beliau lakukan terhadap mereka yang beliau tidak suka. Ingat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa memasukkan orang dalam dan mengeluarkannya dari penjara itu. Perdana menteri Malaysia lebih berkuasa dari Presiden AS.

Kasihan juga saya terhadap DAP kerana begitu taksub untuk membela PKR, tetapi mereka tidak nampak yang PKR sendiri melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri mereka sendiri.

Setidak-tidaknya PAS sudah mulai sedar akan kelakuan pimpinan PKR ini walaupun agak terlewat. ‘BUT it’s better late than never’.
Continue ►

Monday, June 30, 2014

Debat CAPRES 2014 - JOKOWI Vs PRABOWO 2014


Para politikus Malaysia.... silakan contohi cara berdebat tetangga kita.

Sunday, April 20, 2014

Zul Nordin Bukan Super Muslim

Seperti biasa, buka mata pagi tadi saya terus mengimbas berita terkini di Internet. Berita di Facebook, sebenarnya. Facebook lebih pantas dari media perdana. Terkejut baca Karpal Singh sudah arwah.

Sambil bersiap untuk ke tempat kerja dan membaca pengesahan berita dari media, layar hitam putih sumbangan Karpal Singh kepada negara berputar dalam fikiran.

Sebagai rakyat Malaysia yang tak terlepas dari menjadi mangsa percaturan politik dan naluri membentuk teori konspirasi, kontroversi hudud juga bermain di kepala. Mana tidaknya, nama mendiang seolah sudah sinonim dengan isu itu. “Tiap yang hidup pasti mati”, fikir saya.

Kemudian kawan-kawan di Facebook mengongsi berita  yang mula mengganggu fikiran saya.

Zulkifli Noordin, hero kita, sekali lagi muncul menyarungkan pakaian Super Muslim ketika saat-saat genting. Dengan penuh dedikasi, Zul hero kita merasakan mulutnya perlu dibuka, dia perlu berkata sesuatu atas berita kematian Karpal.

Allah sudah mematikan Karpal,  Zul menulis dengan penuh semangat. Yakinlah Zul bahawa Islam sudah menang. Barangkali air mata jernih turun membasahi pipinya dan hingus membasahi bibir kerana terharu dengan apa yang dikira Zul sebagai kemenangan usaha Pas dengan kerjasama parti Islam UMNO yang mahu menegakkan syariat Tuhan di bumi Kelantan. Musuh sudah disingkirkan Allah. Zul harus tweet rasa syukurnya. Zul harus berkata sesuatu. Ini Zul, Zul Kulim. Zul boleh!

Dan Zul telah melakukannya.

Belas Kasihan Dalam Islam


Dalam Islam, atau mana-mana agama, wujud konsep belas kasihan. Malah orang tidak beragama juga memahami konsep belas kasihan. Hatta binatang punya belas kasihan. Belas kasihan ini selemah-lemah naluri yang menyatukan manusia.

Manusia tidak dipaksa menyintai manusia lain keseluruhannya, tapi ia ada sedikit perasaan belas kasihan sekurang-kurangnya. Belas kasihan ini lah melahirkan rasa hormat kita pada orang lain terutama yang ditimpa musibah. Belas kasihan mampu membuatkan kita faham adab hidup bermasyarakat, apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Bila kematian berlaku, manusia akan merasa tersentuh, jika tidak sebak, sekurang-kurangnya terharu, tergamam. Naluri belas kasihan manusia paling tidak pun akan membuatnya merasakan perlu diam sebagai tanda hormat. Kalau manusia tidak peduli pun, benar-benar dia tidak peduli dan berdiam.

Zul tidak ada naluri asas ini.

Muncul pula kemudian Datuk Nawawi Ahmad. Bangun pagi, dia merasakan ini hari yang indah maka membuatkannya terangsang untuk berjenaka. Kebetulan terbaca berita kematian Karpal, dia pun merasakan rangsangan berjenaka itu semakin kuat, seperti rangsangan seks yang tidak dapat dibendung.

Nawawi pun bertungkus lumus menghasilkan gambar dengan sedikit bakat yang dipelajarinya dari fenomena budaya meme di Internet. Ya, Nawawi sudah berjaya. Langsung butang post ditekan dan dia menunggu dengan penuh ghairah. Peluh membasahi dahinya. ‘Like’ yang pertama sudah cukup membuatkan Nawawi inzal. Nawawi pun terbaring keletihan, tersenyum puas.

Rasa malu juga membuatkan manusia tidak bertindak di luar batas norma masyarakat. Seperti mana manusia malu berjalan telanjang di tengah-tengah Kuala Lumpur begitu juga manusia malu mengetawakan orang yang telah mati (telanjang di Langkawi pun bukan perkara biasa). Manusia malu pada keluarga si mati dan malu untuk diri sendiri, malu menimbulkan kemarahan dan malu jika diejek tidak berperikemanusiaan.

Kedua-dua spesimen bergelar Zul dan Nawawi tidak dianugerahi Tuhan dengan naluri belas kasihan dan perasaan malu barangkali. Lebih dari itu, mereka tidak memahami budaya dan norma masyarakat, juga mempunyai pemahaman agama yang cetek. Saya meragui status kewarganegaraan mereka. Lebih dari itu, saya meragui status kemanusiaan mereka.

Takziah diucapkan kepada agama Islam kerana punya orang-orang seperti Zul dan Nawawi. Islam di Malaysia nazak dan akan mati jika virus Zul Nawawi dibiarkan merebak.

Karpal Singh akan terus diingati untuk jasa-jasa beliau kepada negara. Apa sahaja fahaman agama dan politik kita, kita tidak dapat menafikan beliau seorang manusia yang hebat dan berdedikasi pada keadilan dan kesaksamaan. Jasa beliau pada keadilan sosial mungkin lebih banyak dari jumlah kuman dalam otak Zul Noordin dan Nawawi. Keluarga dan rakan-rakan akrab beliau lebih mengenali hati budi beliau.

Ke mana Karpal Singh setelah mati bukan urusan saya, bukan urusan anda. Karpal Singh kembali menghadap mahkamah Ilahi. Biarlah sang peguam dan hakim berentap sesama mereka.


Continue ►

Tuesday, March 4, 2014

Video | 20 Alasan Syarie Anwar Tak Layak


20 alasan syarie kenapa Anwar Ibrahim tak layak diberi undi PRK Kajang, 20 alasan beb... oleh Bos Jati, Dr. Hasan Ali.

Dr. Hasan Ali menyebut, "Anwar dikatakan berpegang dengan fahaman pluralisme...". 

Dalam soal akidah tak boleh main pakai dikatakan... 'dikatakan' menunjukkan cakap orang, bukan dinilai oleh Dr. Hasan sendiri. Jadi bab akidah jangan main indah bahasa. Akidah benda putus... salah out.

Monday, October 7, 2013

Kehaibatan YB Ampang


YB Zuraida, Ampang entah ape-ape berbahas. Sayugia diingatkan YB PR khususnya dari PKR berbahas dengan penuh bijaksana bukan menjadi clown di parlimen untuk tontonan rakyat jelata.

Thursday, September 26, 2013

Amien Rais Kroni Anwar Pun Orang Dah Tak Hirau


"Kasihan Pak Amien Rais..."


JAKARTA, KOMPAS.com | Politisi PDI Perjuangan Eva K Sundari menyayangkan pernyataan Amien Rais yang dianggapnya merendahkan politisi PDI-P yang kini menjabat Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo alias Jokowi.

Saat mengisi kuliah umum di Universitas Diponegoro, Semarang, Selasa (24/9/2013), Amien menyamakan Jokowi dengan mantan Presiden Filipina Joseph Estrada. Kesamaan keduanya, kata Amien, mereka dipilih hanya karena popularitas.

Menurut Eva, pernyataan Amien itu menunjukkan kebenciannya terhadap Jokowi dan PDI Perjuangan dan telah merendahkan dirinya sendiri. 

"Saya amat kasihan karena Pak Amien Rais yang tidak tahu kepantasan sehingga tak terlihat sebagai seorang negarawan. Saya pikir Pak Amien Rais sudah dikuasai kebencian terhadap Jokowi dan PDI-P," kata Eva, saat dihubungi dari Jakarta, Kamis (26/9/2013).

Rasa benci itu, kata Eva, membuat Amien tak mampu melihat fakta dan bahkan menolak membaca fakta yang sebenarnya. Ia menganggap Amien lebih percaya realitas dalam khayalannya.

Menurut Eva, kebencian Amien terhadap PDI Perjuangan mulai tampak ketika ia menjadi komandan Poros Tengah yang menghalangi Ketua Umum Megawati Soekarnoputri menjadi Presiden Republik Indonesia pada 1999 dengan alasan seorang perempuan tak layak menjadi pemimpin. Padahal, saat itu PDI Perjuangan merupakan partai pemenang pemilu.

"Jadi sebaiknya kita mendoakan Pak Amien Rais untuk sehat kembali dan tenang, tidak emosional," katanya.

Saat memberi kuliah umum di hadapan ratusan mahasiswa Universitas Diponegoro, Semarang, Jawa Tengah, Selasa (24/9/2013), Amien menyamakan Jokowi dengan mantan Presiden Filipina Joseph Estrada. Kesamaannya, menurut Amien, mereka dipilih karena populer. Menurutnya, Estrada terpilih sebagai presiden karena popularitasnya sebagai bintang film di Filipina. Namun, kata Amien, ia hanya bertahan beberapa bulan memimpin Filipina setelah digulingkan melalui kudeta dan digantikan oleh Gloria Macapagal Arroyo.

"Joseph Estrada setiap malam kerjanya hanya mabuk, dan dia dipilih hanya berdasarkan popularitasnya," ujar Amien.

Ia berharap Indonesia tidak memilih Jokowi sebagai presiden pada Pemilihan Presiden 2014 hanya karena popularitasnya. "Jokowi memang tidak separah Joseph Estrada, tapi jangan memilih dia karena popularitasnya saja," kata Amien.

Amien mengungkapkan, saat dipimpin Jokowi, Solo merupakan salah satu kota termiskin di Jawa Tengah. Jokowi pernah menjadi Wali Kota Solo selama hampir dua periode, sebelum memutuskan bertarung dalam Pilkada DKI Jakarta 2012.

"Daerahnya masih banyak yang kumuh, hanya Slamet Riyadi saja yang bagus. Tapi Jokowi malah dinobatkan sebagai wali kota nomor tiga terbaik di muka bumi, mungkin hanya karena popularitas," ujarnya.

Pernyataan "pedas" Amien Rais soal Jokowi bukan kali ini saja. Sebelumnya, ia mempertanyakan nasionalisme Jokowi.

- Untuk nota Amien Rais ini kroni Pak Anwar Ibrahim, Penasihat PKR. Kalau Amien Rais dianggap pengucar kacir negara begitu juga dengan Pak Anwar, kucar kacir kerana belitnya.


Continue ►

Tuesday, September 24, 2013

Konservatif Dan Reformis Pulak Dah


-Tulisan Dr. Mujahid Yusof Rawa

Setiap kali muktamar menjelang, berbagai isu muncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS. Khusus dua tahun sekali , para perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri. Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.

ISU MENDASAR


Persaingan dalam  PAS adalah fenomena. Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai 'bala' yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik.

Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?

Isu yang mendasar adalah persaingan, merasionalkan kewujudan parti dan evolusi organisasi.

Persaingan adalah bentuk dinamika sesebuah organisasi, faktornya ialah kelompok-kelompok yang terbentuk dengan membawa idea tertentu dalam parti. Selalunya idea ini menampakkkan pihak yang mahukan pembaharuan manakala sebuah kelompok lagi melihat status-quo yang ada mencukupi malah meyakini bahawa keadaan yang ada yang telah membawa parti ke tahapnya hari ini.

Mereka melihat pembaharuan akan mengubah asas dan dasar parti sedangkan golongan pembaharuan mahukan lonjakan besar parti untuk terus mampu berada di persada.

PERSAINGAN DALAM PAS


Apa yang kita saksikan dari berbagai kenyataan dan sensasi majlis tertentu seperti Multaqa Ulamak baru-baru ini mengisyaratkan persaingan kelompok dalam PAS terdiri dari dua kategori besar para konservatif dan reformis.

Saya kurang setuju kategori ulama dan profesional,  ia hanya label yang tidak banyak membantu perspektif yang tepat persaingan dalam PAS, tetapi konservatif dan reformis lebih membawa makna dalam memahami persaingan itu. Konservatif adalah golongan dalam parti yang melihat status-quo dan tidak berani keluar dari status-quo kerana menganggap itulah prinsip dan asas tertegaknya parti ini.

Kelompok reformis mahukan parti keluar dari keadaannya dan melonjak kepada identiti baru untuk menggamit perubahan yang ada di sekelilingnya. Berita baiknya adalah kedua-kedua kelompok yang bersaing ini mahukan kebaikan untuk parti dengan perspektif yang berbeza.

KEPIMPINAN ULAMA


Salah satu tajuk perdebatan kelompok yang bersaing adalah tentang kepimpinan ulama. Gagasan pemikiran organisasi yang diperkenalkan tahun 1980-an ini seiringan dengan krisis besar organisasi PAS yang berlaku semasa era Datuk Mohd Asri Muda.  Sebab kepada krisis dan faktornya telah saya sentuh dalam buku 'Pas Baru' terbitan The Malaysian Insider.

Apapun, krisis itu membuka peluang kepada PAS melalui desakan kepimpinan pemudanya melahirkan idae gagasan baru iaitu 'Kepimpinan Ulama'. Ciri utama kepimpinan ulama adalah wujudnya kuasa baru dalam parti bernama Majlis Syura Ulamak di mana keanggotaanya secara eksklusif ialah mereka yang berstatus ulama.

Pengerusi Majlis Syura ialah Mursyidul Am. Sifat Majlis Syura Ulamak ini lebih kepada legislatif dan nasihat. Bahagian eksekutif parti seperti Jawatankuasa Pusat, Dewan-dewan dan lain-lain sampai ke cawangan kekal seperti sediakala.

Tetapi sepanjang 90-an hingga kini, tiba-tiba isu ulama tidak ulama menjadi perbahasan sampailah kepada persoalan sama ada bahagian eksekutif parti mesti juga di kalangan ulama atau tidak. Secara konvensionalnya juga  Presiden, Timbalan dan salah seorang Naib mesti dari kalangan ulama.

Kecuali Mohamad Sabu, semua Timbalan Presiden PAS sebelum ini dalam kepimpinan ulama dikategorikan sebagai ulama. Kelompok yang bersaing tidak mempertikaikan keahlian ulama dalam Majlis Syura, mereka cuma mempertikaikan kenapa jawatan eksekutif lain mesti di kalangan ulama juga?  Untuk mengenal pasti bukan ulama maka terciptalah label profesional.

Akhirnya isu sebenar yang boleh memajukan parti diabaikan dan isu ulama tidak ulama pula menjadi perdebatan yang tidak produktif.

TUNTUTAN ULAMA


Istilah ulama dalam PAS mesti difahami dari sudut operasinya sebagai mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama secara formal dalam atau luar negara, peringat rendah ataupun tinggi.  Apa yang dituntut dalam Multaqa Ulama untuk diberi ruang kepada ulama agak mengelirukan kerana selama ini mereka ada Dewan Ulamak yang bersifat  eksekutif.

Ketua Dewan Ulamak secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, begitu juga halnya di peringkat negeri dan kawasan. Malah ulama ada dalam jawatankuasa pusat dari sudut mereka yang berlatarbelakangkan pengajian agama, walaupun bukan dari kalangan anggota Dewan Ulamak.

MERIT


Persaingan dalam parti  sepatutnya bukan berdasarkan latarbelakang pengajian tetapi adalah ditentukan oleh merit atau kelayakan.  Dalam PAS corak pemilihan oleh para perwakilan akan terpengaruh dengan ciri tertonjol pada calon-calon antara aktivis, latarbelakang agama dan ilmuwan.

Masalahnya adalah tidak semua aktivis ustaz dan tidak semua ustaz adalah ilmuwan mahupun aktivis dan tidak semua ilmuwan itu ustaz dan aktivis. Corak ini kadang kala terlalu simplistik sehingga asas utama iaitu kelayakan atau merit diabaikan.

Merit atau kelayakan mesti dinilai dari sudut pencapaian dalaman dan luaran parti, kejelasan hendak membawa visi dan misi parti ke hadapan dan tahap pengorbanan dan susah-payah calon sebagai aktivis. Asas 'ulama lwn non-ulama' menjadi tidak relevan jika kita memahami asas kedudukan seseorang ialah kerana kelayakan yang dinilai oleh para perwakilan terhadapnya bukan kerana mereka ulama atau tidak.

Apatah lagi sebagai sebuah parti politik yang inginkan kuasa ke Putrajaya, isu merit sepatutnya menjadi persoalan pokoknya. Hal ini tidak bercanggah dengan kaedah Islam memilih seseorang kepada sesuatu tugasan iaitu al-Qawi dan al-Amin iaitu berkemampuan (berkelayakan) dan beramanah.  Mengapa pula ulama dan non-ulama menjadi isu?

PERSAINGAN SIHAT


Persaingan yang sihat adalah persaingan yang berlumba untuk mengetengahkan idea kepada parti dan membuat perkiraan rasional bagaimana parti harus terus efektif memimpin orang ramai membentuk negara yang diidamkan.

Saya telah membawa idea dalam dua buku saya bagi mewajarkan lonjakan baru yang saya namakan sebagai 'keluk ke-3 untuk PAS'.

Dalam program 'Rejuvenasi PAS', saya telah memperkenalkan empat tingkap atau bahagian organisasi yang perlu diberi penyegaran iaitu Struktur dengan menawarkan Institusi Presiden yang kuat, manakala dalam Sumber Manusia saya mencadangkan Jabatan Sumber Manusia parti untuk mengurus perkembangan parti yang pesat.

Dalam budaya saya mencadangkan pengukuhan akhlak Islam dan profesionalisme manakala dalam persaingan dalaman saya mencadangkan ketelusan dalam proses pemilihan.

Dari sudut strategi luaran, kejelasan tentang penglibatan PAS dalam masyarakat sivil dan demokrasi serta advokasi dasar perlu kepada penyegaran semula. Malangnya parti diheret untuk membincangkan sama ada ulama atau tidak ulama yang layak memimpin PAS. Saya telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa jika ulama itu layak bukan kerana dia ialah ulama dan jikalau bukan ulama, dia layak bukan kerana dia tidak ulama.

Mereka diletakkan di situ kerana para perwakilan melihat Kemampuan (al-Qawi ) dan Amanah (al-Amin) yang mereka miliki untuk membawa bahtera perjuangan PAS di Malaysia. Sepatutnya kepimpinan mendidik ahli kepada budaya memilih kerana kelayakan dan bukan statusnya.

IMPLIKASI


Malangnya perkataan ulama telah diberi makna yang berbeza. Sepatutnya istilah ulama melambangkan keilmuan dan keterbukaan tetapi kini menjadi status yang dipertaruhkan untuk bersaing dalam parti.  Apakah status ulama itu mewajarkan segala-segalanya dari sudut kelayakan?

Penglibatan seseorang yang berstatus ulama dalam sebuah organisasi parti politik Islam bukan menjamin jawatan dan kedudukan dalam parti, malah sebagai ahli parti , dia perlu menunjukkan keberkesanan dan kemampuan membawa visi dan misi parti.

Dalam buku saya, 'PAS Baru' dan 'Rejuvenasi PAS',  isu dikotomi (pemisahan) ulama dan bukan ulama mesti diselesaikan segera melalui penyegaran sistem sumber manusia parti dengan membuat penarafan piawaian ahli yang ada dalam PAS dari berbagai latarbelakang kepada piawaian yang dipersetujui dan jangan biarkan pihak tertentu yang memandai-mandai menarafkan kelayakan hanya berbekalkan status semata-mata.

Inilah yang akan berlaku apabila pengurusan parti tidak ada strategi Sumber Manusia parti yang melihat segenap aspek perkiraan bagi melahirkan kelayakan kepimpinan yang terbuka untuk semua.

MASA DEPAN PAS


Apa yang disaksikan hari ini adalah dinamika sebuah parti politik dan sebagai parti politik Islam, keunikannya menjadikan  evolusi perkembangannya menarik untuk diberi perhatian.

Nama Islam pada parti politik tidak menjamin ianya suci dari kerenah manusia yang menggerakkan parti Islam. Apa yang perlu  adalah kemahiran menguruskan dinamika ini kerana ia akan memberi peluang  cerah kepada perubahan yang amat diperlukan PAS hari ini jika ia mahu kekal relevan.

Mengurus konflik dan krisis tidak memerlukan ulama atau tidak, ia memerlukan seseorang yang mampu melihat secara positif bahawa dalam krisis dan konflik ada peluang untuk penyegaran baru bagi PAS melonjak ke hadapan.

Sudahkah kita yan cintakan pada perjuangan ini memikirkannya?

Continue ►

Monday, September 23, 2013

Merit Pemimpin Gerakan Islam


Tulisan Ust Khairuddin at-Takiri, YB Parlimen Kuala Nerus

Individu yang faqih memahami al-Quran dan Sunnah mempunyai kedudukan tinggi dan mulia di sisi Allah dengan syarat disertai dengan takwa sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang Allah mahukan untuk dirinya satu kebaikan maka Allah bagi kefaqihan (kefahaman mendalam) dalam agama.” (Riwayat Bukhari)

Menjelaskan kedudukan dan kelebihan ulama secara umum sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis tidak bererti mensucikan individu yang alim daripada kelemahan dan kesilapan.

Ulama bukan jenama eksklusif milik golongan atau institusi tertentu seperti Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, persatuan-persatuan ulama, majlis-majlis ulama dan seumpamanya tetapi ia adalah sifat yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang menguasai disiplin ilmu wahyu yang baik dengan kemampuan bahasa Arab yang mantap dan mampu merujuk kepada al-Quran dan Hadis meskipun dia seorang peniaga, petani, kerani, ahli politik, doktor, jurutera dan sebagainya.

Mencadangkan Presiden dan Timbalan Pas dalam kalangan “ulama yang faqih dan memahami realiti semasa” adalah cadangan berasaskan merit dan kelayakan untuk diberi keutamaan (afdal dan lebih baik) untuk menjadi pemimpin iaitu ilmu agama di samping sifat kepimpinan yang lain seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah.

Cadangan tersebut tidak menafikan kelayakan untuk memimpin bagi individu-individu yang mempunyai sifat-sifat pemimpin seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah namun memiliki kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya.

Cadangan tersebut juga tidak menghalang mana-mana individu yang mempunyai sifat kepimpinan seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah tetapi masih kurang keilmuan dan kefaqihan agamanya, meskipun latar belakang pekerjaannya pelbagai tetapi masih tetap berkelayakan untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti sama ada cawangan, kawasan mahupun pusat. Dan itulah yang telah berlaku selama berdekad dalam Pas sejak awal penubuhannya.

Cadangan ilmu dan faqih agama sebagai merit kelayakan pemimpin utama gerakan Islam bukanlah cadangan yang undur ke belakang sebagaimana dakwaan sesetengah pihak kerana ia selari dengan Islam sebagaimana dicontohkan oleh para rasul dan Khulafa Rashidin. Kegemilangan mereka menjadi teladan kepada kita dalam mengemudi gerakan Islam pada masa kini.

Merit ini perlu turut digabungkan dengan sifat quwwah dan amanah yang menjadi sebahagian kriteria umum kepada sesebuah kepimpinan. Malah menentang cadangan tersebut adalah langkah mundur meninggalkan Islam yang menjadi asas rujukan gerakan Islam.

Gerakan Islam bermatlamat memandu manusia kepada Islam dan mendapatkan kuasa untuk memerintah dengan Islam. Usaha gerakan Islam adalah membentuk kerajaan yang berfungsi “menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama.”

Justeru selayaknya dan sewajarnya keilmuan dan kefaqihan mendalam tentang Islam menjadi prasyarat dan merit tambahan untuk menjadi pemimpin utama gerakan Islam. Sebagaimana organisasi perubatan selayak dan sebaiknya dipimpin oleh mereka yang paling berkepakaran tentang perubatan tanpa menafikan kelayakan orang yang juga berada di bidang perubatan.

Seorang individu alim tetapi tidak memiliki sifat-sifat kepimpinan yang lain seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah sewajarnya tidak diberikan amanah kepimpinan.

Serangan berbentuk cemuhan dan tohmahan terhadap resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia ini dibimbangi hanya berasaskan emosi dan bukannya berasaskan ilmu. Ahli-ahli Pas tidak sewajarnya terikut-ikut dengan segelintir penulis maya yang berbahasa kotor, jijik dan sinis.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bukanlah mukmin itu seorang yang terlalu suka mengecam dan membuat tohmahan, tidak juga yang terlalu suka melaknat, tidak juga berbahasa lucah dan tidak juga berbahasa kotor dan jijik.” (hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Sikap memperbodohkan pandangan dan resolusi multaqa yang dibuat secara jemaah oleh ulama bukanlah sebahagian daripada akhlak Islam kerana ia gambaran keegoan dan keangkuhan pandangan. Jauh sekali menjadi akhlak kepada pendokong gerakan Islam. Dibimbangi akan termasuk dalam kategori peringatan Nabi Muhammad SAW:

“Yang paling saya bimbang terhadap kamu tiga perkara yang membinasakan; kebakhilan yang ditaati, nafsu yang diikuti dan kekaguman setiap individu yang memberikan pandangan dengan pandangannya.” (Riwayat al- Bazzar dan al-Asbahani)

Tidak ada sebab untuk ahli-ahli gerakan Islam yang tidak mempunyai ilmu mendalam tentang Islam terasa dipinggirkan daripada kepimpinan gerakan Islam sekiranya mereka memahami fungsi dan matlamat perjuangan gerakan Islam.

Ia sepatutnya menjadi cabaran kepada setiap ahli gerakan Islam untuk berusaha menambahkan ilmu tentang Islam bagi melayakkan mereka juga mempunyai merit tambahan sebagai pemimpin gerakan Islam sementelah lagi mendalami Islam itu sememangnya tuntutan Islam dan tuntutan perjuangan.

Malah setiap ahli Pas boleh berperanan dan menyumbang untuk kemajuan dakwah dan perjuangan Pas dengan pelbagai cara berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh setiap orang kerana nilaian di sisi Allah pada kerja dan amal. Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah oleh kamu semua; bekerjalah pasti nanti Allah melihat kerja kamu dan juga ia dilihat oleh Rasul-Nya dan orang beriman.” (At Taubah 105)

Perjawatan dalam gerakan Islam adalah amanah dan tanggungjawab membawa Islam dan bukannya kemuliaan yang menjadi rebutan individu yang menganggotainya. Resolusi multaqa mencadangkan merit kelayakan memikul amanah dan tanggungjawab bagi menjadi pertimbangan ahli dalam memilih pemimpin yang menggalas amanah.

Apatah lagi resolusi hanya menegaskan syarat tambahan itu khususnya untuk perjawatan presiden dan timbalan dan sebahagian naib presiden yang merupakan pengemudi utama gerakan Islam. Ia tidak merujuk kepada perjawatan-perjawatan lain.

Agenda


Tidakkah selama ini sejak awal penubuhan Pas, kuliah ilmu Islam dalam pelbagai bentuk merupakan sebahagian daripada agenda utama Pas. Maka selayaknya kefahaman agama menjadi nilaian dalam menentukan kepimpinan oleh ahli-ahli Pas. Atau adakah kerana leka berpolitik semata-mata menyebabkan ahli-ahli Pas tidak lagi melihat kefahaman agama mendalam sebagai suatu yang mendasar dan paksi dalam perjuangan serta nilai tambah kepimpinan?

Cadangan presiden dan timbalan dalam kalangan "ulama yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa" bukanlah satu bentuk "meminta jawatan" sebagaimana dakwaan sebahagian pihak.

Ia adalah penegasan prinsip dan kaedah penilaian kepimpinan. Multaqa Ulama mencadangkan sebagai satu kewajipan orang berilmu untuk menyatakan pandangan Islam dalam kepimpinan. Jika para alim ulama tidak menyatakannya, siapakah lagi yang diharapkan untuk menjelaskan prinsip tersebut. Malah ulama tidak perlu malu untuk bertindak sedemikian bahkan malu menyatakan kebenaran adalah usikan syaitan supaya ulama menyembunyikan kebenaran.

Jawatan dalam Islam tidak boleh diminta atau dituntut oleh individu Islam sebagaimana seseorang individu meminta dirinya dipilih menjadi presiden dan timbalan. Inilah penegasan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Resolusi Multaqa adalah resolusi jamaei secara beramai-ramai oleh ulama untuk menegaskan nilai tambah syarat kepimpinan iaitu "faqih" dan bukannya perlakuan meminta jawatan oleh individu untuk dirinya sendiri secara individu. Kekeliruan memahami hukum "meminta jawatan" ini perlu dirungkai supaya tidak berlaku kekeliruan hukum lalu menempelak ulama kononnya meminta jawatan.

Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) sangat yakin dengan perjalanan panjang Pas yang berusia 62 tahun, ia memiliki sangat ramai ahli yang mempunyai nilai tambah kepimpinan yang “faqih” tentang Islam dan realiti semasa meskipun ia belum dikedepankan lagi kepada ahli untuk alternatif pilihan dalam muktamar pemilihan.

DUPP menegaskan bahawa resolusi Multaqa agar presiden dan timbalan sewajarnya dalam kalangan ulama (orang berilmu) yang faqih tentang Islam (memahami dengan mendalam al-Quran dan Sunnah) dan realiti semasa (seperti isu politik semasa) adalah resolusi yang selaras dengan saranan Islam. Ia dilontarkan kepada seluruh ahli Pas untuk penilaian atas kesedaran bahawa perlembagaan Pas tidak meletakkan syarat tersebut sebagai syarat wajib maka ia terbuka untuk menjadi syarat nilai tambah kepada kelayakan berasaskan Islam.

Merit kefahaman agama mendalam sebagai kelayakan terbaik menjadi pemimpin sangat penting dan mendasar. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Apabila amanah dipersiakan maka tunggulah kiamat. Sahabat bertanya; bagaimana amanah dipersiakan? Baginda menegaskan “apabila sesuatu urusan disandarkan kepada bukan ahlinya (tidak berkelayakan) maka tunggulah kiamat.” (Hadis Bukhari)

- Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat.

© Utusan Melayu 
Continue ►

Friday, August 9, 2013

Upah Amil Zakat 1/6


Bila akhir Ramadan, kebiasanya kami tak balik terus macam biasa selepas tarawih bukan ada sesi bacaan al Quran atau berzikir tetapi berborak dengan amir yang kebiasaan bertugas sehingga pukul 12 malam bagi memungut fitrah.

Kampung saya Ayah Mat De, nama sebenar Mohamad Daud. Apa kaitan De dengan Daud saya pasti tetapi memang dia adalah amir yang telah dilantik oleh kerajaan (Maidam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) semenjak saya kecil lagi.
Continue ►

Wednesday, July 3, 2013

Prestasi Datuk Azeez Sebelum Menjadi Chairman Tabung Haji



Pengerusi Eksekutif di beberapa syarikat miliknya iaitu:

1. Azeera Management Consultant (M) Sdn. Bhd
2. Azeera Properties (M) Sdn. Bhd
3. Azman Azeez Properties (M) Sdn. Bhd

Dibawah Kelab Putera 1 Malaysia [KP1M] pimpinan beliau:

1. Misi Bantuan Kemanusiaan dan Penyerahan 10,000 ribut Tilam 1 Malaysia kepada mangsa banjir Kedah & Perlis 2010
2. Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine Gaza 2010
3. Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2010
4. Misi Bantuan Kemanusiaan ke Queensland Brisbane, Australia 2011
5. Misi Bantuan Bencana Alam ke Christchurch, New Zealand 2011)
6. Misi Kemanusiaan membawa pulang (9000) pelajar Malaysia di Mesir 2011
7. Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami di Jepun 2011
8. Misi Bantuan Kemanusiaan ke Mogadishu, Somalia 2011
9. Jejak Warisan Jawi Rentas 7 Negara – Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, China & Myanmar 2011
10. Misi Kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Indonesia, New Zealand, Filipina, Vietnam 2010 – 2013
11. Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Letupan Bom di Hatyai, Thailand 2012
12. Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Myanmar 2012
13. Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan 2012
14. Misi Bantuan Kemanusiaan & Penyerahan 11,000 ribu Tilam 1 Malaysia mangsa banjir Selangor 2012
15. Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M & GBG1M (2nd Wave Road to GAZA) Gaza Palestine 2012
16. Misi Bantuan Kemanusiaan membantu mangsa Taufan Bopha di Filipina 2012
17. Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk dan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah 2013

Penghormatan Oleh Palestin:

Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (2nd Wave Road to GAZA)
Continue ►

Tuesday, July 2, 2013

Sah Jawatan Pengerusi Tabung Haji Milik Datuk Azeez MP Baling

Lembaga Tabung Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.

YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.
Continue ►

Wednesday, June 19, 2013

Mat Said Jawab Sindiran Hadi Awang Dalam Dewan


Sama saja ada atau tiada. Yang dulu-dulu pun bukan buat kerja sangat ye tak?

Monday, June 10, 2013

Senarai Nama Kawasan Parlimen Yang Difail Petisyen

Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Continue ►

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements