You Might Also Like

Sunday, June 29, 2014

Ozil Tak Puasalah Bro

TRIBUNNEWS.COM | Bintang Jerman Mesut Ozil tak akan menunaikan ibadah puasa Ramadan yang dimulai hari ini, Minggu (29/6/2014). Ozil merupakan salah satu pemain beragama Islam yang menghadapi tuntutan puasa dan sepak bola.

Jerman akan menghadapi Aljazair dalam babak 16 besar, Selasa (1/7/2014) dini hari WIB. Aljazair adalah negara muslim. Otoritas keagamaan di sejumlah negara mengambil sikap pragmatis tentang sepak bola dan puasa Ramadan yang  mengharuskan tak makan-minum sejak pagi hingga petang.

Tahun 2008, Dar al-Ifta, lembaga keislaman utama di Mesir, mengizinkan para pesepak bola profesional untuk  makan-minum selama Ramadan jika mereka terikat kontrak untuk bermain selama bulan suci dan merasa bahwa puasa akan memengaruhi kinerjanya. Para pekerja lain yang tergolong "pekerja keras" juga diberikan dispensasi. Oezil mengaku masih dalam kategori itu.

"Saya tak bisa ambil bagian dalam Ramadan ini. Tak mungkin bagi saya untuk berpuasa tahun ini. Piala Dunia adalah pekerjaan," ucap gelandang serang Arsenal itu.
Continue ►

Friday, June 20, 2014

Motorsikal Masuk Kolam


Stunt tersebut bernama Darius Khasabi, seorang yang glamor juga di youtube. Kalau anda search nama Darius di youtube bersepah video dia bawak motor dan kereta.

Sunday, June 15, 2014

Lagu Rasmi Coca Cola untuk World Cup 2014


Lagu rasmi Coca-Cola untuk edisi Timur Tengah oleh Cheb Khaled (penyanyi asal Algeria) dan Nancy Ajram (penyanyi asal Lebonan) bertajuk Syajja' Halmak ~ Capai Impianmu.

Untuk edisi Internasional bertajuk The World is Ours ~ Dunia Ini Milik Kita.

Cheb bermaksud Pemuda akan tetapi ia digunakan sebagai istilah khas untuk otai. Makna kata, Abang Long Khaled kalau kita terjemah.

Sunday, June 1, 2014

Sikap Merendah Diri Novak Djokovic di French Open


Sikap humor dan merendah diri pemain tennis no 2 dunia, Novak Djokovic. Dalam Hadith SAW menyebut: Barangsiapa tawaduk kerana Allah, maka Allah akan angkat darjatnya."

Orang kita pula, baru main bola wakil negeri dah sombong. Ternyata akhlak orang barat lebih bagus dari orang kita bila sudah di atas.

Monday, February 3, 2014

Kalendar FIA World Rally Championship 2014

Bagi peminat Lumba Kereta Rali inilah jadual sepanjang tahun:

14/01–19/01/2014- Rali Monte Carlo
05/02–08/02/2014 – Rali Sweden
06/03–09/03/2014 – Rali Mexico
03/04–06/04/2014 – Rali Portugal
08/05–11/05/2014 – Rali Argentina
06/06–08/06/2014 – Rali Itali
27/06–29/06/2014 – Rali Poland
01/08–03/08/2014 – Rali Finland
22/08–24/08/2014 – Rali Jerman
12/09–14/09/2014 – Rali Australia
03/10–05/10/2014 – Rali Perancis
24/10–26/10/2014 – Rali Sepanyol
14/11–16/11/2014 – Rali Great Britain

Continue ►

Thursday, September 19, 2013

Tim Malaysia Bukan Kuat Sangat Pun


TRIBUNNEWS.COM | Pelatih timnas Indonesia U-19, Indra Sjafri, memilih meredakan tensi menjelang laga penyisihan grup B Piala AFF melawan Malaysia. Indra Sjafri menilai Timnas Malaysia adalah tim yang biasa-biasa saja.

Satu tiket ke babak semifinal akan diperebutkan oleh Indonesia dan Malaysia. Indonesia kini berada di posisi kedua dengan 9 angka, sementara Malaysia di posisi ketiga dengan 7 angka. Hasil imbang sudah cukup bagi Indonesia untuk menemani Vietnam.

Namun demikian publik menganggap laga antara Indonesia melawan Malaysia tidak hanya soal lolos atau tidak, tapi juga harga diri bangsa mengingat rivalitas antara kedua negara di berbagai sektor. “Ini bukan soal lolos atau tidak, tapi harga diri bangsa. Kita harus berada di atas Malaysia,” ujar Ketua Umum PSSI, Djohar Arifin, kepada Tribun.

Sadar dengan tensi pertandingan, Indra hanya meminta para pemainnya untuk tetap bersikap tenang dan menahan diri dari provokasi para pemain Malaysia. Menurut Indra, Malaysia adalah tim yang biasa-biasa saja.

“Jangan campurkan pertandingan sepak bola dengan sentimen budaya dan politik. Toh Malaysia juga belum pernah menjadi juara Piala Dunia. Kami memandang mereka biasa-biasa saja. Kami harus tetap tenang karena kalau tidak kami akan mengalami kesulitan pada pertandingan selanjutnya,” tutur Indra kepada Tribunnews.com.
Continue ►

Friday, August 9, 2013

Alex Rodriguez | Baseball's Latest, Greatest Drug Scapegoat



There was a time, believe it or not, when Alex Rodriguez was popular. Really, genuinely, popular. Granted, it wasn't recently -- you'd have to go back to the Clinton Administration -- but as a young shortstop for the Seattle Mariners in the late 1990s, A-Rod was considered one of the game's true bright lights.

It wasn't just because of his on-the-field accomplishments, though these were remarkable: In 1996, at an age (20) when most players were in college or the low minor leagues, Alex Rodriguez was already the best in the American League. But A-Rod, too, was a saint: a humble, decent (Christian, natch) young man who called his mom five times a week, avoided alcohol, and worshipped his veteran teammates. "A guy this sweet," wrote Gerry Callahan in a fawning profile of Rodriguez for Sports Illustrated that year, "must be hiding some cavities."

If only Callahan knew what was coming. Seventeen years later, this very same Alex Rodriguez is the most hated player in baseball.

How hated? His fellow players voted him as the "biggest phony" in the majors. His own boss, New York Yankees General Manager Brian Cashman, told the media that he should "shut the fuck up" after A-Rod tweeted his satisfaction at being medically cleared to play. (Cashman disagreed with this diagnosis). His own fans boo him mercilessly. And The New York Post, its finger forever on the city's pulse, summed up its feelings for Rodriguez with this headline:

Continue ►

Monday, July 8, 2013

Ronaldo Dapat Hadiah Quran

Cristiano Ronaldo telah dihadiahkan dengan senaskhah Quran dengan terjemahan bahasa Portugal dalam kunjungannya ke Saudi. Beliau ke sana atas jemputan menjadi duta syarikat telefon Mobily. Khabar Mobily membayar sejumlah 6 juta dollar US untuk melakonkan iklan mereka. Rezeki masyuuuk...
Continue ►

Wednesday, July 3, 2013

Wow Maradona Nak Jadi Jurulatih Team Bolasepak Indonesia

Maradona yang tiba di Bandara Soekarno Hatta pada Sabtu (29/6) lalu, sesampainya di Jakarta, Maradona dijadualkan bertemu petugas media jam 10.00 WIB.


Namun, hingga jam 11.00 WIB, pemain asal Argentina itu tak muncul-muncul membuatkan para peminatnya banyak suwel. Sememangnya Maradona seorang bodoh sombong. Maradona menyatakan kesediaanya menjadi jurulatih TIMNAS Indonesia jikalau jawatan jurulatih masih belum terisi oleh sesiapapun kerana dia tidak suka mengambil hak orang.
Continue ►

Monday, July 1, 2013

Piya Jeneral Baru Harimau Malaya

Piya (Mohd Badhri bin Mohd Radzi) layak dilantik sebagai Kapten skuad Harimau Malaya, komen M.Karathu. Piya telah membuktikkan keupayaan beliau memimpin skuad Kelantan sehingga memenangi Piala FA.
Continue ►

Saturday, June 29, 2013

Tilikan Artis Siapa Menang Malam Ini?



Siapa menang Piala FA malam ini? Hangat malam ni... jangan gaduh sudah. Gomo Klate Gomo! 
Kasi ajar sama itu Johor JDT.


ARTIS
JOHOR JDT
KELANTAN
Beto Kusyairy
2
0
Cristina Suzanne
2
1
Intan Nor Saina

menang penalti
Nadiya Nissa
2
0
Amerul Affendi

menang
Aku pula teka
2
3
Continue ►

Friday, March 29, 2013

Rosdi Kembali Perkuat Terengganu


PEMAIN 'otai', Terengganu, Rosdi Talib yang kembali menyarung jersi keramat hitam putih pada musim ini akan diturunkan dalam perlawanan penting menentang Johor Darul Takzim FC di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor, kata Jurulatih Terengganu, E.Elavarasan.

Rosdi yang kini menjangkau usia 37 bakal berdepan asakan pasukan Johor DT apatah lagi apabila skuad kendalian Fandi Ahmad diaibkan Gergasi Merah dalam perlawanan akhir saingan Liga Super tempoh hari.


Sunday, January 20, 2013

Nasihat Annuar Buat TMJ


“SAYA nasihatkan TMJ (Tunku Mahkota Johor) supaya jadi presiden (bola sepak negeri) serupa dengan presiden-presiden lain. Ada ramai presiden persatuan bola sepak di negara ini. Sama ada beliau, Wan, Nik, Datuk, Tengku, Raja atau Sultan sekalipun, mari kita ikut satu peraturan sahaja.”

Itu antara nasihat yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) semalam yang dianggap mencetuskan perkara-perkara ‘pelik’ yang membawa kegawatan dalam arena bola sepak negara masa ini.

Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang terbaru apabila pasukan Johor Darul Takzim yang dikatakan membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, PBNJ menjelaskan kelmarin bahawa pasukan tersebut bukan anggota GGK sebaliknya askar Timbalan Setia Negeri (TSN) atau Johor Military Force (JMF) yang ditugaskan untuk mengawal pergerakan kerabat Johor yang menghadiri majlis tertentu termasuk mana-mana acara sukan.

“Sebelum ini belum pernah berlaku kegawatan dalam bola sepak negara. Sekarang timbul soal mengambil pemain menerusi ‘pintu belakang’, bawa masuk askar dalam stadium, ini semua hanya dibawa oleh PBNJ sahaja.

“Jadi nasihat saya sebagai orang tua kepadanya, apapun dia adalah rakan sejawat saya. Lupakan latar belakang kita, saya, Tan Sri dan beliau, Tunku.

“Saya mahu nasihat beliau dan beliau juga pernah menasihati saya. Tak usah bawa benda pelik-pelik dalam bola sepak negara. Buat seperti biasa sahaja. Bola sepak ini permainan orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melor, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Annuar mendedahkan bahawa beliau telah mengambil langkah keselamatan yang ‘luar biasa’ untuk memastikan penyokong-penyokong Johor dijaga dengan baik pada perlawanan, Selasa lalu antaranya memikirkan bagaimana hendak membawa masuk, keluar mereka serta meminta bantuan kelab penyokong rasmi bagi jaga pasukan pelawat.

“Saya tak pernah lagi menyusun urusan keselamatan pasukan pelawat seperti mana yang kami buat untuk Johor. Saya mahu dia faham mengenai perkara ini.

“Sepanjang jadi presiden KAFA, saya belum pernah mengambil tanggungjawab sendiri dan mengadakan perbincangan sendiri kerana memikirkan supaya penyokong-penyokong Johor dapat dijaga dengan baik. Sebelum ini, biasanya saya serahkan kepada bahagian pentadbiran.

“Dan saya tak pernah melibatkan kelab penyokong untuk menjaga pasukan pelawat. Ini kali pertama kami lakukan untuk Johor. Semuanya berjalan baik dan melalui perbincangan, jadi gambaran yang diberikan tidak tepat,” ujarnya.

Baru-baru ini pasukan Johor Darul Takzim telah membawa masuk GGK di stadium sehingga menimbulkan polemik adakah stadium di Kota Bharu tidak selamat.

Permusuhan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan bukan hanya di atas padang kerana sebelum saingan liga bermula, kedua-dua pasukan sudah berbalah mengenai perpindahan Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan itu yang didakwa KAFA sebagai salah.

Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui mesyuarat Jawatankuasa Pusat mendakwa tindakan Norshahrul tidak salah. FAM turut mendakwa tindakan membawa GGK tidak ada kesalahan.

Dalam pada itu, Annuar ketika ditanya mengenai keputusan FAM itu, beliau secara sinis berkata, setakat ini Johor tidak pernah melakukan kesalahan.


Friday, January 18, 2013

Dutch Adviser Rijkaard Second Casualty Arabia Gulf Cup


Saudi Arabia’s national team coach Frank Rijkaard laid-off head coach once serving for eighteen months. The dismissal of European related to poor outcomes Saudi Arabia within the Gulf Cup.

50-year-old coach was appointed as coach of Saudi Arabia in Gregorian calendar month 2011. Saudi Arabia’s unsatisfying once the autumn of the Gulf Cup cluster stage.

“After the meeting, we tend to in agreement with Frank Rijkaard to terminate his contract and send legal counsel to see the rights of the completion of the contract,” in step with an announcement from the soccer Association of Saudi Arabia.

Rijkaard was in in his career as a lecturer once the gush Spanish club Barcelona. along side the previous AC Milan Blaugrana managed to gift 2 La Liga titles, 2 Spanish Super Cups and one Champions League.

Thursday, January 17, 2013

Amboi Kau Johor!



Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?

Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.

Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

Mat Yo Turut Dikawal

Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.

Gambaran Penyokong Ganas

“Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.

“Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ,” katanya semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara.

Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.

“Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.

“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” katanya.

Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat.

Sunday, January 13, 2013

Presiden FAM | Saya Tidak Akan Undur Selagi Diperlukan (Bila Tidak Diperlukan Saya Akan Undur Diri)



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak akan berundur daripada jawatannya selagi khidmatnya diperlukan oleh badan induk itu.
  
Titahnya, baginda tidak boleh menghalang pihak-pihak tertentu membuat desakan supaya baginda berundur daripada jawatan itu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.
  
“Selagi saya dikhendaki dan ada pihak yang tidak mahu bagi saya berundur diri...saya masih jadi Presiden FAM," titahnya kepada pemberita sebaik kembali dari luar negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, semalam.
  
Kepulangan baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta 103 orang yang menamakan diri sebagai ‘Penyokong Sultan Ahmad Sebagai Presiden FAM’.
  
Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan mengadakan mesyuarat exco FAM minggu depan bagi membincangkan soal memperbaiki dan meningkatkan kedudukan skuad bola sepak negara di persada antarabangsa.
  
“Mesyuarat exco itu bukan pasal mahukan pengunduran saya tetapi kita nak memperbaiki kedudukan bola sepak negara,” titahnya.
  
Baginda bertitah FAM sentiasa berusaha memperbaiki mutu permainan, kualiti pemain, jurulatih serta mencungkil bakat baharu bagi mengangkat semula maruah dan mutu bola sepak negara.
  
“Main bola ada menang, ada kalah, kalau menang saja dengan orang lain tak payahlah kita berlawan, (untuk kejohanan) AFF (Suzuki Cup) baru-baru ini nasib kita tak berapa baik.
  
“I’m a fighter (Saya adalah pejuang)....kita lawan, kita ada ramai pemain yang masih lagi tidak dikemukakan, jangnlah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelangga’,” titahnya.
  
Baru-baru ini beberapa pihak mendesak supaya baginda meletak jawatan tersebut dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 103 individu dari seluruh negara telah berkumpul di Pangkalan TUDM Kuantan bagi menyambut kepulangan baginda bagi menzakirkan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda dalam FAM.
  
Hafizan Hassan, selaku Pengerusi Badan Bertindak Penyokong Sultan Ahmad Shah itu, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyampaikan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda.
  
“Kami tidak mahu Tuanku berundur dengan desakan seperti banyak pihak yang mahukan sekarang ini dan kami yakin Tuanku mampu membawa FAM dengan lebih baik,” katanya.
  
Katanya, kumpulan berkenaan turut bercadang mengadakan perhimpunan yang lebih besar bagi melahirkan sokongan kepada Presiden FAM itu.
  
Bagaimanapun, tarikh dan tempat perhimpunan itu masih belum ditetapkan.

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements