Ada benarnya... kan kan kan...
PKR Dan PR Sudah Ada Rafizi, Tak Perlu Ada Musuh Lagi
Rafizi Ramli,
pengarah strategik PKR, berkata dengan sombongnya yang beliau sanggup melihat
Pakatan Rakyat kalah jika itulah harganya untuk memberhentikan Khalid Ibrahim
dari memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Kata-kata seperti ini
melambangkan sikap dan sifat pimpinan PKR dan ia menunjukkan beliau sendiri
bersifat angkuh dan rela semuanya hilang asalkan sahaja musuh politik dalam
partinya dapat di hapuskan.
Bagi Rafizi.
Biar hancur semua, Khalid wajib di buang dan tidak boleh lagi memegang jawatan
Menteri Besar. Saya tidak tahu bagaimana masyarakat memandang Rafizi dengan
kenyataannya yang sangat tidak baik matlamatnya dan kekurangan akhlak
politiknya.
Dengan adanya
pemimpin seperti Rafizi ini, PKR tidak perlukan musuh lagi. Orang-orang seperti
Rafizi ini sudah cukup jika ada dua atau tiga orang dalam kepimpinan PKR
sekarang ini sudah cukup untuk menjatuhkan parti itu.
Jika tidak dapat
menjatuhkan buah yang dikaitnya, pokok buah itu akan di tebang. Yang penting
buah itu mesti jatuh, biar pun kehilangan pokok itu. Dengan adanya pemimpin
seperti ini ia akan lebih membuatkan rakyat terutamanya yang pernah menyokong
PKR akan terasa terguris kerana mereka telah bersusah payah untuk menaikan
pemimpin seperti Rafizi ini dan PKR itu keseluruhannya.
Jika benar apa
yang akan di paparkan oleh PKR tentang salah laku Khalid, tidak sepatutnya ayat
dan cakap-cakap seperti Rafizi itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar
kerana beliau di persepsikan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi
melangit.
Di Croatia
dahulu setiap keluarga bukan Islam mesti membunuh orang Islam walaupun orang
Islam itu adalah jiran mereka. Walaupun sudah berjiran dan bersahabat begitu
lama mereka mempunyai hati untuk membunuh rakan dan jiran mereka semata-mata
kerana sikap untuk menghapuskan orang Islam semasa peperangan saudara di negara
itu.
Kita begitu
hairan kenapa mereka mempunyai kudrat untuk membunuh saudara tetangga mereka.
di sana, tetapi rupanya sikap seperti itu sudah berputik di negara kita ini
dikalangan pemimpin-pemimpin kita dari PKR ini.
Kita tidak dapat
berbuat apa-apa dengan sikap Rafizi ini, hanya kita mengucapkan ‘may god bless
you’ sahaja kepada beliau kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah sikap
beliau itu.. Inilah pemimpin didikan Anwar Ibrahim. Seperti Rafizi, Anwar tidak
kira apa yang berlaku kepada negeri dan negara, yang penting jalannya ke
Putrajaya jangan ada halangan. Isterinya mesti menjadi Menteri Besar ‘at all
costs’.
Jalan ke
Putrajaya ini sememangnya terbuka luas untuk beliau melaluinya, tetapi aneh,
beliau sendiri yang meletakkan halangan terhadap dirinya sendiri untuk kesana.
Tetapi pihak-pihak lain pula yang di salahkan kerana ada halangan untuk beliau
ke sana,
Sesungguhnya PKR
sedang menghadapi kemusnahan kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Rupa-rupanya
pendidikan yang tinggi tidak dapat memperbaiki sikap dan nilai negatif yang ada
dalam setengah manusia pemimpin ini. Rupa-rupanya kekalahan PR dalam PRU yang
lalu mempunyai hikmah yang sangat besar. Kalau PR berjaya dan Anwar menjadi
Perdana menteri, tidak dapat di bayangkan apa yang beliau lakukan terhadap
mereka yang beliau tidak suka. Ingat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa
memasukkan orang dalam dan mengeluarkannya dari penjara itu. Perdana menteri
Malaysia lebih berkuasa dari Presiden AS.
Kasihan juga
saya terhadap DAP kerana begitu taksub untuk membela PKR, tetapi mereka tidak
nampak yang PKR sendiri melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri mereka
sendiri.
Setidak-tidaknya
PAS sudah mulai sedar akan kelakuan pimpinan PKR ini walaupun agak terlewat.
‘BUT it’s better late than never’.
0 comments:
Post a Comment