Lembaga Tabung
Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim
sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’
Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
YB Datuk Haji
Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan
Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH,
beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.
YB Datuk Haji
Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau
sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara.
Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan,
antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada
rakyat Palestin di Gaza.
Dikenali sebagai
seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan
serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji
Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan
TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.
0 comments:
Post a Comment