PETALING JAYA | Seorang
Ahli DAP, Aspan Alias berkata PAS secara tidak sedar telah dijadikan ‘pengalas
kaki’ oleh PKR.
Sebenarnya PAS
menjadi korban kerana kebaikannya. Sesungguhnya isu hudud dan kalimah Allah
yang disebut oleh DAP itulah yang merenggangkan pengundi kaum Cina dan Melayu
terhadap PAS dan ini kenyataan yang tidak boleh dinafikan.
“PAS hanya
menjadi korban rakan-rakan kongsinya dengan ‘intrigue’ politik yang telah mengaibkan
PAS.
“Lantaran
kenyataan DAP yang “PAS is nothing without DAP and Chinese support” itu adalah
kelakar dan sangat tidak jujur,” katanya di dalam blog
aspanaliasnet.blogspot.com.
Menurut Aspan,
kebaikan dan keterbukaan parti itu terhadap rakan kongsinya itu diambil sebagai
kelemahan oleh parti-parti lain dalam PR.
“Mereka
mengambil semuanya ‘for granted’ terhadap PAS.
“PAS dengan
tenaga kerjanya yang begitu gigih dalam pilihanraya yang lepas mendapat jumlah
kerusi yang berkurangan jumlahnya berbanding dengan PRU 2008. Parti itu hanya
memenangi 21 kerusi, satu kerusi kurang dari PRU 2008,” jelasnya.
Tambahnya lagi,
dalam pengamatan beliau orang Melayu Islam walaupun sudah tidak berapa selesa
dengan UMNO mereka tidak dapat menumpukan sokongan terhadap PAS kerana beberapa
isu yang panas yang di sentuh oleh DAP.
“Kenapa Guan Eng
menyentuh tentang isu nama Allah dalam ucapannya semasa menyambut hari Krismas
sebab itu merupakan isu sensitif kepada orang Melayu kita?
“Kenapa PAS
tidak berjaya memasukkan bersama hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat,
sedangkan itulah salah satu isu perjuangan PAS yang besar?,” ujarnya.
Katanya lagi,
beliau menyebut isu ini kerana, jika pucuk pimpinan PKR mengambil keputusan
untuk meletakkan seorang calon lain menggantikan Khalid Ibrahim, ia tidak
semestinya diikuti oleh ahli-ahli dan penyokongnya lebih-lebih lagi kepada
pengundi-pengundi di atas pagar.
“Jika DAP
benar-benar berpengaruh untuk menentukan kemenangan bagi PAS, kenapa PAS
mendapat kerusi yang berkurangan dari DAP yang telah melonjak kemenangannya
dari 28 kepada 38 kerusi dalam PRU yang lalu.
“Sesungguhnya
keadaannya adalah terbalik, PAS mendapat berkurangan kerusi jika dibandingkan
dengan pilihanraya 2008 dahulu,” jelasnya.
Bak kata
pepatah, ‘cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga sakitnya’. Saya sudah
mengagak yang PAS akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu.
“Jika itu juga
sikap parti-parti rakan kongsi dalam PR di Selangor, kita tidak lagi berkeyakinan
yang PR akan kekal mentadbir Selangor selepas ini,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment