TEMERLOH |
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat keghairahan rakyat
menyambut pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak kali ini luar biasa.
“Seluruh rakyat
sambut pengumuman bubar parlimen seperti nak sambut raya, semuanya kerana
rakyat dah tunggu hampir dua tahun, sedangkan media kawalan Umno setiap hari
memainkan isu politik dan pilihan raya,” katanya ketika berceramah di atas treler
Negara Kebajikan PAS yang sampai ke bandar Temerloh petang tadi.
Hari ini
merupakan hari ketiga jelajah treler berkenaan selepas ke Raub, Bentong,
Jerantut, Maran, Bandar Jengka, Lanchang dan bersebelahan terminal bas ekspres
petang ini sebelum bertolak ke Bera.
Lebih 1,000
mendengar amanat pemimpin bersempena pembubaran parlimen hari ini.
Turut berucap
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hasan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya
Negeri Pahang, Abdul Majid Hasan, Yang Dipertua PAS Kawasan, Md Jusoh Darus,
Ketua Muslimat PAS Pahang, Salamiah Mohd Nor, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid
Syed Mohamad dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.
Tuan Ibrahim
yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, Pakatan Rakyat (PR) memasuki
pilihan raya kali ini dengan cukup bersedia.
“Tidak
terjangkau kita akan membariskan calon-calon bekas pegawai tinggi tentera,
pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi
Felda dan artis.
“Justeru marilah
kita bekerja keras kerana rakyat nak tengok janji-janji yang PR tawarkan terlaksana demi kebajikan yang
tunggu-tunggu selama ini,” katanya.
- Harakahdaily
- Harakahdaily
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment