KUALA TERENGGANU
| Calon parti politik atau mana-mana pihak berkaitan yang merancang
menganjurkan ceramah perlu memaklumkan kepada pihak polis supaya tidak berlaku
sebarang kejadian tidak diingini.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, sebelum
hari penamaan calon, pihak berkenaan perlu membuat makluman 10 hari kepada
pihak berkuasa sebelum mengadakan ceramah.
“Selepas hari
penamaan calon pula, hanya calon atau ejen mereka yang boleh membuat permohonan
untuk mendapatkan permit jika hendak membuat sebarang ceramah,” katanya ketika
ditemui di sini hari ini.
- KOSMO!
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment