WASHINGTON | Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko
diserang barah paru-paru, menurut kajian baru.
“Kami mendapati
perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau
dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok
sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter,
dari Universiti Pennsylvania State.
Beliau kimia NNK
akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang
merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah
paru-paru pada tikus selain manusia.
Menurut
Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor
paru-paru pada beberapa spesies tikus.
Di samping itu,
paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh
menunjukkan dengan tepat pendedahan individu.
Branstetter dan
rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa
data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan
Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL.
Peserta juga
memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka
merokok selepas bangun tidur.
Penyelidik mendapati
kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa
lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18
peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam
selepas bangun.
Di samping itu,
penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan
usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain
tinggal di rumah mereka, antara faktor lain.
“Paling penting,
kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik
bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan
kepekatan NNAL.
- BHarian
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment