KUALA TERENGGANU
| Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof, 94, yang pernah bertanding sebagai
calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2008, menjadi
antara bakal calon yang terawal mengambil borang penamaan calon.
Tok Mun yang
kelihatan masih sihat, menaiki prebet sapu untuk datang ke pejabat Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), kira-kira jam 10 pagi tadi di Wisma Persekutuan bagi
mendapatkan maklumat sebagai persediaan menghadapi PRU13.
Warga emas itu
ketika ditemui pemberita berkata, dia berhasrat untuk bertanding di Parlimen
Kuala Terengganu sebagaimana sebelum ini.
“Alhamdulillah,
Tok sihat lagi. Tok nak bertanding parlimen lagi, sebab ini amanah orang. Tok
takut nak menanggung akhirat esok, dunia tak apa lagi. (Ini kerana) amanah
orang lama-lama dulu.
“Semalam Tok
tengok TV (sudah) bubar Parlimen. Sebab itu Tok mari (pejabat SPR) nak ambil
borang. Adik (wartawan) jangan tanya soal menang atau kalah sebab Tok tak kisah
menang atau kalah, Tok tetap akan bertanding sebab ini amanah orang,” katanya.
Pada PRU 2008,
Tok Mun yang juga calon Bebas menggunakan simbol kunci, berjaya mendapat 685
undi namun tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) yang memperoleh
32,562 undi, manakala seorang lagi calon, Mohamad Sabu (Pas) memperoleh 31,934
undi.
Jelas Tok Mun,
dia berhasrat untuk menggunakan simbol Kerajaan Negeri sebagai lambang partinya
tetapi SPR menolak dan memintanya menggunakan simbol lain.
Ketika ditanya
sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, Tok Mun mengakui tidak mempunyai
wang tetapi berhasrat untuk meminta bantuan daripada orang.
“Jangan soal
pasal duit. Tok kalau tak ada duit, Tok mintak dengan orang, sikit-sikit. Jadi
cukuplah. Anak-anak buahlah yang tolong. (Nak menang), Tok kena kempen lebih.
Tok pandailah nak kempen macam mana,” katanya.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment