PETALING JAYA:
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat
Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan
keselamatan negara.
Pengumuman yang
dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas
Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai
Pengerusi MPKR.
Menurut Hashim,
selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan
membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara.
Ahli
Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset
pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar
kerajaan.
“Majlis ini akan
menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan
dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan
dasar, startegi pertahanan dan ‘force capability’ serta ‘capacity building’.
“Penubuhan MPKR
ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia,
dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan
yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini,” kata Md Hashim.
Menurut Md
Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis
Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini.
“MKN pada masa
ini fokus utamanya menjaga ‘keselamatan’ BN, tidak kepada isu keselamatan yang
sepatutnya diutamakan,” kata beliau.
Selain Anwar dan
Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu,
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk
Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment