Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman
Amsterdam |
Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan
risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan
kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding
mereka yang minum kurang sekali seminggu.
Tahun lalu,
sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih
berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan
lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan
sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara
sederhana dan tidak minum langsung.
Namun, faedah
sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti
Maastricht, Belanda.
Hampir 40,000
kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut
akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.
Risiko itu
meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih
berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga
jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.
Minuman popular
Pada masa sama,
ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.
Tahun lalu,
sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih
berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan
lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan
sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara
sederhana dan tidak minum langsung.
Begitupun,
penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor
risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.
Dalam kajian
terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada
barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan
minuman mereka.
Kajian dilakukan
ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih
popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh
sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.
Hasil kajian
disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh
sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. - AGENSI
FAKTA NOMBOR
40,000 kes barah
dikesan di Britain setiap tahun
- BHarian
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment