KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Majlis Pendidikan Negara (MAPEN) sebagai
satu badan yang bakal membentuk model baru sistem pendidikan negara apabila
Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan.
MAPEN yang
dianggotai golongan ilmuan seperti pendidik, profesor, dan pensyarah itu akan
bergabung tenaga untuk sama-sama merombak atau menambahbaikkan sistem negara
sedia ada.
Pengerusi Lajnah
Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata sistem pendidikan negara
kini begitu bercelaru dan terabai hingga tidak menekankan kepentingan
manusiawi.
"Sistem
pendidikan ini jika disusun atur tidak mengikut manusiawi, sesebuah tamadun itu
tidak dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Kami di Pakatan Rakyat menekankan
sistem pendidikan yang berteraskan kerohanian dan intelektual dalam
masyarakat," tegas beliau pada sidang media, selepas pelancaran Mapen, di
Kelab Sultan Sulaiman, petang tadi.
Menegaskan Mapen
ini tepat pada masanya kerana menuntut kewajipan memandangkan pendidikan
merupakan proses kembali kepada tamadun pembangunan manusia, Abu Bakar turut
berharap badan ini mampu memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersama
menggerak perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Sementara itu,
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat berhasrat
untuk membentuk asas baru berteraskan sistem nilai yang selama ini diabaikan.
Beliau yang
turut memeriahkan majlis pelancaran itu, turut melahirkan kekesalan diatas
kegagalan kerajaan hari ini berhubung isu bahasa Melayu yang menjadi polemik
saban waktu.
"Isu bahasa
Melayu masih tidak diselesaikan. Bagi kami di Pakatan Rakyat, di samping kita
mengangkat bahasa Inggeris, keperluan bahasa Melayu perlu diperkasakan tanpa
tolak ansur," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang.
MAPEN
dipengerusikan pensyarah dari Unisel, Profesor Zainal Abidin Kidam. Selain
Anwar, antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Ahli Parlimen
Kepong, Tan Seng Giaw yang mewakili DAP, dan Pengerusi NGO Pendidik, Cikgu
Normala Sudirman. Hadir sama, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment