PETALING JAYA - PKR hari ini mendakwa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam yang bukan ahli Umno sabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR). Dalam kenyataan segera, Pemuda Umno menafikan dakwaan tersebut.
Ahli Majlis
Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa, beberapa hari lalu beliau
telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai salah seorang orang
awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.
Wakil rakyat
Sungai Petani ini berkata, latihan tersebut turut membabitkan pemantauan
terhadap kegiatan PR secara berterusan.
"Dua
kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan
Warisan Malaya.
"Kini ahli
kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk
melalkukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di
sini, hari ini.
Johari , PKR
menggesa Pengarah Kor Risik ATM tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan itu.
Katanya,
"... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan
tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan
ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.
"Kami tidak
menuduh Kor Risik terlibat tetapi minta pihak bertanggungjawab menjawab dakwaan
ini memandangkan dakwaan yang dikemukakan adalah serius," katanya lagi.
Dalam pada itu,
tambah Johari, PKR juga memohon Ketua Polis Negara dan Panglima ATM memberi
sedikit ruang serta masa untuk bertemu pemimpin PR untuk memberi jaminan bahawa
pasukan keselamatan akan terus komited memastikan perkara seperi dakwaan ini
tidak berlaku.
"Kami amat
yakin polis, ATM, pemimpin-pemimpin politik dari mana-mana parti dan rakyat
dapat bergabung mempertahankan negara demi masa depan negara yang lebih
aman," ujarnya lagi.
Sementara itu,
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan pihaknya menerima apa-apa
latihan Kor Risik ATM seperti yang didakwa.
“Tak betul...
itu fitnah. Saya amat menghormati profesionalisme pihak ATM yang tidak terlibat
langsung dalam politik terutamanya dalam melatih mana-mana ahli dalam parti
sama ada Umno ataupun Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ini
adalah satu bentuk penghinaan Johari terhadap ATM. Saya harap pihak tentera
dapat memberikan satu kenyataan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian Online.
Katanya lagi,
sekiranya Johari membuat tuduhan sedemikian dan tidak dapat mengemukakan
apa-apa bukti, Khairy berharap Johari menarik balik tuduhan tersebut.
Mengulas perkara
sama, Khairy turut mendakwa kemungkinan Johari ditugaskan oleh Anwar untuk
membuat ‘operasi-operasi hitam’.
"Misalnya
dalam kes pendedahan bapa Saiful, semasa pendedahan awal, saya rasa ramai yang
terpengaruh, tetapi dua tiga hari selepas pendedahan itu, Johari membawa bapa
Saiful sekali lagi membuat sidang media untuk menyertai PKR.
“Ketika itu,
ramai orang sudah tidak lagi percaya dengan bapa Saiful. Jadi, sama jugalah
dengan perkara ini,” jelas beliau.
Ketika ditanya
sama ada Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung dakwaan ini, Khairy
berkata, pihaknya akan kaji perkara ini.
“Pemuda Umno
tidak mahu begitu membuang masa. Namun, jika perlu, kami akan membuat laporan
polis,” katanya lagi.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment