Thursday, April 11, 2013

BN | Bekas Pemimpin Pembangkang Boleh Guna Lambang BN

Do you want to share?

Do you like this story?


KUALA LUMPUR 10 April - Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) telah membuka ruang kepada bekas pemimpin parti pembangkang untuk bertanding dengan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), ujar Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Terdapat kebebasan kepada calon itu untuk menggunakan lambang BN, bebas pada PRU kali ini.

"Tanding atas tiket BN+ (plus), tidak semestinya sertai mana-mana parti komponen BN," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan BN Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sementara itu diminta mengulas mengenai penglibatan calon yang kalah PRU12 pada PRU13 kali ini, Najib menjelaskan ia akan dipertimbangkan berdasarkan faktor kebolehan dan penerimaan.

"Biarpun calon itu kalah, tetapi dia kerja kuat, diterima masyarakat, mungkin akan dipertimbangkan. Orang itu mesti diterima di kawasannya selain berpandukan kepada kebolehan dan penerimaan." - tegas beliau

Sebelum ini Najib menyifatkan pemilihan calon sebagai satu proses yang kompleks dan rumit yang perlu difahami jentera dan kepimpinan parti. Selain daripada itu, Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkata Barisan Nasional akan menggunakan acuan PRU12 yang akan mengukuhkan lagi peluang kemenangan buat parti itu.

Tarikh penamaan calon dan pembuangan undi yang baru ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi turut mendapat reaksi daripada Perdana Menteri. Baginya, pendirian SPR dilihat menjurus kepada amalan demokrasi dalam negara, katanya yang diminta mengulas mengenai tempoh berkempen yang dikira agak panjang. 

"Keputusan SPR kita terima, keputusan itu maknanya dia (SPR) cuba untuk mencerminkan proses demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan pemimpin parti agar tidak kecewa atau merajuk sekiranya tidak terpilih sebagai calon kerana objektif utama adalah memberi kemenangan kepada parti.

"Kita kurangkan, minimakan masalah tersebut, Sebab itu dalam ucapan saya kata, seelok-eloknya kecewa itu biarlah dalam tempoh 24 jam saja, selepas itu turun padang," katanya.
Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements