IPOH: Wira
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Wira PERKASA) hari ini membuat laporan
polis berhubung kenyataan Penolong Setiausaha 3 Dewan Pemuda PAS, Khairul Fahmi
Mat Som menerusi Twitternya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Laporan itu
dibuat Ketua Wira PERKASA Malaysia, Irwan Fahmi Ideris di Ibu Pejabat Polis
Daerah Ipoh di sini.
Irwan Fahmi
berkata, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat tujuan
Khairul Fahmi membuat kenyataan sebegitu yang disifatkannya sebagai
"dahsyat" dan provokasi.
"Ia secara
terang satu penghinaan yang sangat buruk (kepada Nabi Muhammad s.a.w),"
katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Wira PERKASA
Malaysia katanya turut mencadangkan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengkaji
dan menilai sejauh mana relevannya PAS menggunakan perkataan 'Islam' bagi
sebuah parti politik.
- BHarian
Itu sindiran bukan menghina Nabi SAW. Bacalah dengan akal yang sihat. Tak reti aku dengan puak PERKASA nih membuatkan rakyat atas pagar makin benci kat UMNO.

RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment