KOTA BHARU:
Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan
blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS,
Datuk Husam Musa terhadapnya.
Selain itu
seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari
Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.
Peguam plaintif,
Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.
Manakala peguam
Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang
mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.
Kes tersebut
dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.
Husam yang juga
saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah
mengikuti rombongannya ke China.
“Namun dia
memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan
menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.
“Dengan
penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas
bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.
“Saya tidak
berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah
mahkamah sahaja,” katanya.
Sebelum itu
hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.
Pada 6 Disember
2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk
'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.
Defendan yang
kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;
“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo
yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam
gambar ni.”
Dalam writ
samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu
bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah
bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara
China.
Plaintif sedang
memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.
Sebelum itu
peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah
daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.
Peguam defendan
juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi
mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.
Namun hakim
memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan
itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.
Sementara itu
pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad
Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke
Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.
Sebelum ini
mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan meminda peryataan pembelaan.
Defendan disaman
Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari
production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari
2012.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment