MUAR - Bekas
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yakin kumpulan ulama muda dan
pondok di Kelantan telah membuat kajian sebelum memutuskan mengundi Pas dalam
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah haram.
Beliau percaya
mereka membuat keputusan itu setelah merujuk kepada kitab-kitab dan menghubungi
ulama-ulama besar termasuk dari luar negara.
"Selain
itu, mereka juga (mungkin) telah menilai apa yang dilakukan pimpinan Pas
sekarang jauh menyimpang berbanding semasa (di bawah pimpinan) Allahyarham Dr
Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Yusuf Rawa serta Ustaz Fadzil Noor.
"Kalau
mereka berada pada zaman itu, saya percaya ulama-ulama pondok dan ulama muda
ini tidak akan membuat kenyataan seperti itu," katanya ketika menyampaikan
ceramah pada majlis anjuran Gerakan Belia 4B kawasan Parlimen Ledang di Dataran
Stulang, Tanjung Agas di sini.
Beliau mendakwa
Pas kini terlalu tunduk pada tekanan DAP dan menjadi alat kepada penasihat PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi
perdana menteri.
"Ini
menyebabkan Pas bukan lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka,
jadi lebih eloklah orang Melayu dan umat Islam memastikan mereka tidak memberi
undi kepada pembangkang pada PRU-13 nanti," katanya.
Dalam ceramahnya
itu beliau turut menggesa orang Melayu
dan umat Islam di Johor supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk
memenangi sebarang kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum kali ini.
Bekas Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dipecat kerana ketegasannya
menangani isu murtad itu berkata, umat Islam Malaysia akan berhadapan dengan
masalah jika membenarkan pembangkang berkuasa.
"Ini kerana
pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim memperjuangkan Islam liberal. Ini
bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Sehubungan itu,
beliau menggesa rakyat mempertahankan kerajaan sedia ada bagi mengekalkan
keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama ini.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment