KUALA TERENGGANU
- Polis Terengganu telah mengenal pasti 60 kawasan 'panas' di seluruh negeri
itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Timbalan Ketua
Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kesemua kawasan terbabit
mempunyai jumlah penyokong kerajaan dan pembangkang yang seimbang serta pernah
mempunyai rekod 'bermasalah' pada PRU sebelum ini.
Sehubungan itu
polis akan menambah kekuatan anggota di kawasan terbabit bagi memastikan PRU13
berjalan lancar, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari
Polis ke-206, di sini hari ini.
Katanya mereka
akan disokong Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),
Pasukan Gempur Ringan (LSF), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sebanyak 3,600
anggota dan pegawai polis akan bertugas di Terengganu sepanjang pilihan raya
umum kali ini, katanya.
Menurut Hamzah,
pihaknya juga sedang giat melatih Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) dan berharap pasukan itu akan dapat
menjalankan tanggungjawab berdasarkan kelebihan yang dimiliki masing-masing.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment