Orang Asing
Cuba Campuri Urusan Politik Dalam Negara Patut Dihalang
Tiada apa yang
pelik dengan tindakan Jabatan Imigresen melarang Senator Australia, Nick
Xenophon, daripada memasuki negara ini ketika tiba di Terminal Penerbangan
Tambang Murah (LCCT), Sepang kelmarin jika kita melihat rekod kehadiran beliau
sebelum ini dan niat lawatan terbarunya itu.
Publisiti Negatif
Sesiapa yang pernah ke Australia tentunya menyedari betapa ketatnya peraturan imigresen dan kastam di negara itu sehingga tanah terlekat di tapak kasut pun perlu dibersihkan, apa lagi jika pemergian ke sana bertujuan mencampuri urusan politik di negara itu. Persoalannya, apakah kita perlu orang luar untuk mengajar apa yang perlu dilakukan di negara ini.
Walaupun
tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 8 (3) sebagai orang dilarang
masuk mendapat publisiti negatif daripada media antarabangsa, ia bukanlah di
luar amalan oleh mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan
Australia sendiri yang mendakwa kononnya juara demokrasi dan hak asasi manusia.
Dalam kebanyakan kes, mereka tidak perlu memberi alasan konkrit apabila menahan
kemasukan rakyat asing.
Sesiapa yang
pernah ke Australia tentunya menyedari betapa ketatnya peraturan imigresen dan
kastam di negara itu sehingga tanah terlekat di tapak kasut pun perlu
dibersihkan, apa lagi jika pemergian ke sana bertujuan mencampuri urusan
politik di negara itu. Persoalannya, apakah kita perlu orang luar untuk
mengajar apa yang perlu dilakukan di negara ini.
Menurut Jabatan
Imigresen, Xenophon, Senator Bebas yang juga peguam di Australia itu, dilarang
masuk ke negara ini kerana melanggar peraturan dan undang-undang Malaysia
ketika lawatan beliau sebelum ini. Bercanggah dengan laporan media asing dan
laman web propembangkang, ahli politik itu tidak ditahan tetapi dilarang masuk
serta dilayan dengan baik ketika menunggu penerbangan pulang ke Melbourne, malam
kelmarin.
Hakikatnya,
mana-mana negara pun akan menghalang kemasukan rakyat asing, sama ada secara
nyata atau disyaki, cuba mencampuri urusan dalaman atau boleh memudaratkan
ketenteraman awam di negara itu. Dalam kes Xenophon, tindakannya ketika datang
ke sini dulu dan jadual lawatannya kali ini, jelas mahu mencampuri urusan
politik negara.
Ketika melawat
negara ini pada April tahun lalu, yang kononnya misi mencari fakta mengenai
Malaysia, Xenophon menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka dan
mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya. Beliau mendakwa cara polis
mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan
‘autoritarian.’
Xenophon juga
adalah antara 50 ahli Parlimen Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat
terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari
2010 selain sering mengkritik sistem perundangan Malaysia termasuk menuduh
sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai mahkamah kangaru.
Beliau juga
terkenal sebagai tokoh politik Australia yang lantang mengkritik industri
minyak sawit Malaysia dengan mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan
serta menuduh industri sawit memusnahkan hutan tropika yang menjadi habitat
orang utan.
Ekoran
popularitinya semakin menurun di Australia, Xenophon dilaporkan akan menjadikan
tuntutan supaya jualan minyak sawit dilarang di negara itu sebagai satu isu
utama kempen beliau pada pilihan raya umum Australia akan datang. Seandainya,
kempen itu mencapai matlamat, Malaysia yang banyak mengeksport minyak sawit ke
Australia, akan menerima kesan langsung.
Tak Perlu
Takut
Berdasarkan
tindak-tanduk Xenophon itu, Jabatan Imigresen sepatutnya sudah lama melarang
kedatangan beliau ke negara ini. Dalam soal kedaulatan negara dan kesejahteraan
rakyat, agensi penguat kuasa seharus tidak perlu takut atau malu untuk
bertindak.
Kita harus
melihat bagaimana Amerika Syarikat bertegas dengan kedatangan orang Islam ke
negara itu selepas serangan pengganas 11 September walaupun dalam kebanyakan
kes, ia jelas mencabul peraturan antarabangsa. Malah Rekod Australia berhubung
larangan memasuki negara itu jauh lebih teruk daripada Malaysia walaupun
segelintir rakyat negara ini menjadikannya sebagai destinasi penghijrahan
mereka.
Pada 2005
misalnya, seorang mualaf dan pendakwah rakyat Britain, Abdur Raheem Green
dilarang memasuki negara itu bagi memenuhi undangan berceramah di Pusat Islam
Sydney. Ini kerana Imigresen Australia menganggap Abdur Raheem seorang radikal
apabila pernah berucap bahawa orang Islam dan Barat tidak boleh hidup secara
aman.
Tahun lalu,
sarjan polis Metrolitan London, Peter Threlfall, yang mendapat tawaran bekerja
dengan polis Australia, diberitahu keluarganya tidak boleh berhijrah ke negara
itu. Sebabnya, anak tiri Threlfall, Sarah, 25, menghidap autistik, yang bakal
membebankan perkhidmatan kesihatan dan masyarakat Australia.
Kepada rakyat
negara ini yang berasakan tindakan imigresen melarang kemasukan ahli politik
Australia itu kelmarin sebagai tidak demokratik dan melanggar susila kemanusiaan,
selamat berhijrah ke ‘Down Under’.
0 comments:
Post a Comment