KUALA LUMPUR -
Demonstrasi aman oleh kira-kira 250 warga Bangladesh yang ditipu majikan di
hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Jalan Ampang di sini bertukar
kecoh apabila segelintir daripada mereka gagal mengawal emosi dengan bertindak
menendang pintu pejabat kedutaan tersebut.
Demonstrasi yang
diadakan sejak pagi Ahad lalu itu dikatakan untuk menyuarakan rasa tidak puas
hati terhadap majikan mereka yang didakwa menipu mengenai pembayaran gaji dan
gagal menyediakan permit kerja untuk mereka.
Kumpulan warga
Bangladesh itu difahamkan bekerja dengan sebuah syarikat dalam sektor
pembersihan hospital di ibu negara, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Seorang daripada
mereka, Hatim Gazi, 39, mendakwa, dia dan rakan-rakannya terpaksa mengadakan
demonstrasi itu apabila majikan mereka tidak membayar gaji seperti yang
dijanjikan sejak beberapa bulan lalu.
- Kosmo
0 comments:
Post a Comment