MARANG – Berang dengan tindakan dua lelaki cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon di sini.
Dalam kejadian
kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seorang penduduk ternampak dua lelaki
menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid
kampung itu.
Pengerusi masjid
berkenaan, Zaidi Ibrahim, 50, berkata, kehadiran dua lelaki itu kemudiannya
dimaklumkan kepada beberapa penduduk berdekatan sebelum mereka bergegas ke
masjid untuk membuat pemeriksaan.
“Kehadiran
penduduk mengejutkan dua suspek terbabit yang kemudiannya melarikan diri dan
meninggalkan motosikal dinaiki mereka. Selepas pemeriksaan, penduduk mendapati
tabung masjid berpindah tempat.
“Tabung yang
terletak di ruang solat utama lelaki itu didapati dipindahkan ke tempat solat
wanita, dua suspek terbabit dipercayai ingin mengambil wang dalam tabung itu,”
katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.
Zaidi juga
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) kampung itu berkata,
penduduk yang berang dengan perbuatan itu bertindak menggantung motosikal
dinaiki suspek pada tiang telefon berdekatan masjid.
“Penduduk
kampung berjaga sehingga Subuh, menunggu dua suspek terbabit jika mereka datang
menurunkan motosikal. Namun mereka tidak berbuat demikian sehingga pagi tadi,”
katanya semalam.
Zaidi berkata,
motosikal jenis Honda EX5 itu kemudiannya diturunkan dan diserahkan kepada
polis untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu,
pihaknya memberi amaran kepada segelintir pihak agar tidak mengulangi perbuatan
itu.
“Kami sentiasa
membuat rondaan dan bekerjasama dalam menjaga keselamatan kampung dan orang
ramai berikutan jenayah kecil sering berlaku pada waktu malam di sini,”
katanya.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment