Pagoh: Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 yang akan diteruskan kerajaan mungkin
dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 untuk setiap keluarga yang layak.
Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri sudah memberi
jaminan BR1M akan diteruskan dengan syarat Barisan Nasional (BN) diberi mandat
besar mentadbir negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Jika
rezeki bertambah, RM500 (BR1M) ditambah jadi RM1,000. Habis... nak tolak BN,
tolak rezekilah namanya," katanya pada penyampaian BR1M Dewan Undangan
Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, di sini, semalam.
BR1M Bantu
Rakyat
Beliau berkata,
BR1M sudah disalurkan sejak tahun lalu memberi manfaat kepada 4.2 juta isi
rumah di seluruh negara, kini ditambah pula kepada 2.4 juta lagi generasi muda
menerusi peruntukan kira-kira RM3 bilion.
Ada yang kata,
BN bagi kerana PRU tetapi sebenarnya kita bagi kerana ada keupayaan. Jika
kerajaan tak ada duit, mintalah apa pun, tak boleh bagi, tetapi hasil negara
dan cukai bertambah kini membolehkan kita bagi bantuan ini.
Rakyat bertanya,
adakah kerajaan akan meneruskan dasar ini, Perdana Menteri kata (sudah beri
jaminan) jika ekonomi bagus, rakyat sokong kuat kerajaan dan ada dana, kita
akan teruskan, katanya. Beliau berkata, BN sentiasa prihatin dalam membantu
rakyat dan terbukti sebelum BR1M diperkenalkan lagi, banyak bantuan dan subsidi
disalurkan kepada nelayan, petani, peniaga, pekebun kecil dan peneroka FELDA
supaya dapat meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Ringan Beban
Rakyat
Muhyiddin
berkata, Perdana Menteri memikirkan mengenai anak muda juga memerlukan bantuan,
mendorong kerajaan memberikan rebat RM200 untuk memiliki telefon pintar yang
akan diagihkan dalam tempoh terdekat.
Semuanya
dilakukan untuk menolong rakyat, itu tidak mengambil kira subsidi bernilai RM22
bilion setahun bagi mengurangkan beban rakyat.
Namun,
pembangkang masih kata kerajaan tak tolong hingga rakyat menderita hidup
sengsara. Menghampiri PRU ini pembangkang semakin gemar melemparkan fitnah dan
pembohongan serta membuat semua janji manis tetapi sebenarnya tidak dapat
dilaksanakan, katanya.
Hadir sama Ahli
Parlimen Ledang, Hamim Samuri; ADUN Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat; ADUN
Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh serta Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin.
Tabur...
tabur.... harta Ahmad Albab yang punya!
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment