Polis Dedah
Ancaman Terhadap Psy
Georgetown:
Polis mengesahkan wujud ancaman terhadap nyawa Psy apabila penyanyi dan
penghibur antarabangsa dari Korea Selatan itu tiba di negeri ini, kira-kira jam
7 pagi, Isnin lalu.
Ketua Polis
Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau mendapat maklumat
daripada ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu
mengenai ancaman ke atas penyanyi berkenaan.
Polis terpaksa
meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy sebaik penyanyi itu tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas di sini, sehinggalah
beliau beredar.
Buat Keputusan
Segera
Anda tahu bila
dia berangkat meninggalkan Pulau Pinang? Pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi.
Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang.
Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu, katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu,
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, berkata ancaman
terhadap nyawa Psy menjadi punca Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang pada Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
Han Chiang.
Akibat ancaman
itu, kami terpaksa membuat beberapa keputusan segera dan meminta Perdana
Menteri bersama pemimpin lain untuk segera turun dari pentas selepas acara
menggaul yee sang.
Psy bukan enggan
bersama Perdana Menteri seperti yang didakwa, sebaliknya ancaman terhadap
keselamatan dan nyawanya menyebabkan Psy tidak keluar untuk menggaul yee sang,
katanya.
Ingat berita ini
betul-betul yer... tak baik nipu.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment