Kuala Lumpur:
Kira-kira tiga juta tenaga kerja swasta termasuk pekerja asing dalam pelbagai
sektor akan menerima gaji minimum mula hari ini apabila lebih 500,000 majikan
di negara ini melaksanakannya.
Setiausaha
Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu BH, sebelum ini
4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan
skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan.
Permohonan Diteliti
“Semua
permohonan mereka diteliti secara terperinci oleh MPGN, akhirnya hanya 632
syarikat diberi penangguhan sementara iaitu sehingga April ini disebabkan
faktor kewangan.
“Majikan yang menggaji
lima pekerja atau kurang pula diberi penangguhan hingga 1 Julai ini kerana
mereka memerlukan sedikit masa khususnya daripada segi perancangan kewangan dan
operasi perniagaan sebelum melaksanakannya,” katanya, semalam.
RM900 Sebulan
Kadar gaji minimum
yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia,
manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Pengumuman gaji
minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan
diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua
tahun.
Mengikut Akta
Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum
boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama,
jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan
kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun
atau kedua-duanya.
0 comments:
Post a Comment