Beijing: Amalan
memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati
kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.
Penyelidik dari
Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan
mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan.
Sayuran ini
dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan
kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada
mereka yang mengamalkannya.
Ramai orang
mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato
mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan
kesihatan, katanya.
Kaijun berkata
walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke
atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan
sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok
yang tidak mengamalkannya.
0 comments:
Post a Comment