Kumpulan
DRB-Hicom (DRB-Hicom) dikatakan sedang merancang satu projek besar dikenali
sebagai ‘Kereta Asia’ yang menyaksikan Malaysia menjadi hab bagi pengeluaran
kenderaan terbesar Eropah Volkswagen (VW).
Untuk
menjayakannya, pemilik DRB-Hicom Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berusaha
menyenaraikan syarikat cabang pengedaran kepada DRB-HICOM Bhd itu.
Rancangan itu
ialah menyenaraikan Proton Edar dan EON Bhd yang digabungkan sebagai sebahagian
daripada rancangan itu, DRB-Hicom sendiri kemungkinan akan dinyahsenaraikan.
“Ia adalah
antara pilihan yang ada,” kata sumber yang rapat dengan cadangan itu.
Di bawah pilihan
itu, cabang pengeluaran automotif dan unit pertahanan DRB-Hicom akan dipegang
secara persendirian oleh satu daripada syarikat yang dimiliki taikun berkenaan.
Pemegang saham
sedia ada DRB-Hicom boleh menukar beberapa saham mereka ke dalam syarikat
penyenaraian baru itu. Mereka juga akan diberikan tunai antara 50 sen dan RM1
sesaham.
Sementara itu,
cabang pembuatan automotif akan disenaraikan semula dalam bentuk yang lain,
kemudian nanti di bawah usaha sama DRB-VW.
DRB-HICOM dan
VW, pada Ogos 2010, memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama
bagi pemasangan dan pengeluaran kenderaan VW di Malaysia.
Ahli Lembaga
Pengurusan VW Christian Klinger dilaporkan berkata, memajukan potensi pasaran
di rantau Asean adalah penting untuk strategi pertumbuhan jangka panjang
Volkswagen Group. Kenderaan itu ketika ini dipasang di kompleks automotif Hicom
yang berkeluasan 96 hektar di Pekan, Pahang. Dalam peringkat permulaan,
DRB-Hicom tiada rancangan mengembangkan peluasan itu memandangkan mempunyai
lebihan kapasiti. Bagaimanapun, ia akan menambah talian pengeluaran tambahan
untuk memasang kenderaan VW.
Pengarah Urusan
Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilaporkan berkata, kemudahan
itu akan direka bagi menampung kapasiti 100,000 unit.
0 comments:
Post a Comment