Melaka Tengah:
Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan
kewangan RM1,000, Jumaat ini.
Presiden
Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM), Mohd Sabri Abd
Malek, berkata pembayaran hanya sekali itu akan disampaikan di Bagan Datoh,
Hutan Melintang, Perak.
Katanya,
penyampaian peringkat pertama itu dijangka disempurnakan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mereka yang
bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak berpencen dan sudah
mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini menetap di sekitar
Perak.
Selepas ini,
pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara
bermula 13 Januari ini, katanya kepada BH, di sini, semalam.
Pemberian hanya
sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada
Oktober lalu.
Sabri berkata,
sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh
negara.
Katanya,
dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit.
Inisiatif
kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya
membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang
tidak mempunyai pendapatan.
Justeru, kita
berharap mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini
supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat PVTTBM
di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898, katanya.
Sabri berkata,
pemohon perlu berdaftar dengan PVTTBM bagi memperoleh pelbagai faedah terutama
dalam mengembangkan potensi menjana sumber pendapatan, termasuk menerusi
keahlian koperasi dan kursus keusahawanan.
Katanya,
pelbagai program dan kursus percuma diberikan kepada ahli persatuan berdaftar
sejajar matlamat persatuan.
0 comments:
Post a Comment