GEORGETOWN -
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah
mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah
ALLAH.
Walaupun
mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin
Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau
menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif
yang lebih luas.
Beliau yang juga
Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di
sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas
kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.
“Cuma dari segi
enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan
ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya.
Menurutnya,
Islam tidak memaksa penganut agama lain mengikut Islam. Yahudi dan Nasrani juga
sudah menggunakan perkataan ALLAH sejak sekian lama.
“Kenyataan saya
keluarkan sebelum ini juga berpandukan ayat 25, Surah Luqman dan Surah Al
Hajj,” katanya.
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ
مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ (٢٥)
Maksud: dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai
Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah Yang menciptakan
langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai
Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang
demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui
(hakikat Tauhid dan pengertian syirik). - Surah Luqman: 25.
Mengulas
mengenai kenyataan Mohamed Hafiz, beliau berkata, mungkin pandangan pemimpin
JMPP itu terlalu mudah dan hanya melihat dari perspektif kecil.
0 comments:
Post a Comment