Sepang: Lima beranak mualaf disyaki
memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah
sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam,
sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.
Keluarga itu terdiri daripada seorang
wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia
15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini, kariah di
sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak
itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu
memeluk Islam.
Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka
sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai
sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas
mendapat ancaman.
Satu daripada surau yang dikunjungi
lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini,
dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada
16 Disember tahun lalu.
- HMetro
0 comments:
Post a Comment