IPOH - Polis menahan tiga orang bagi membantu
siasatan kes kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung
dirosak orang awam di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini,
semalam.
Ketua Polis
Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka ditahan di kawasan berasingan
hari ini dan semalam.
“Polis masih
menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek dan akan menahan beberapa lagi
suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau
bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Akhbar hari ini
melaporkan sebuah kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang
ramai dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di KM 12 Jalan Ipoh-Lumut
berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.
Timbalan Ketua
Polis Daerah Manjung, DSP Ahmad Mat Isa dilapor berkata, kira-kira 30 individu
di kawasan itu menyerbu ke arah anggota JPJ terbabit dan menuduh mereka
menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.
Pelanggaran itu
mengakibatkan empat cedera parah manakala 11 yang lain cedera ringan dan
kesemua mereka menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
0 comments:
Post a Comment