KUALA LUMPUR 12
Jan: Umno BN terkena batang hidungnya sendiri yang terlebih dahulu menuduh
peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dibayar RM150, apabila ditempelak keras
Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu. Sedangkan pihak yang
mendakwa setiap peserta himpunan ini dibayar ibarat mahu ‘mengumpul dana’ untuk
poket mereka sendiri.
Mohamad
menyifatkan, SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu ‘pembohongan’. “Mereka
kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak,”
tanya Mohamad Sabu disambut “tidak” oleh peserta perhimpunan, seperti dilapor
Harakah Daily.
“Saya bukan nak
bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak,”
disambut “boleh” oleh ratusan ribu yang memenuhi Stadium Merdeka. Beliau
kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang hadir dengan sasaran
setengah juta ringgit. Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil
penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya. Mohamad berkata demikian ketika
menyampaikan ucapan aluan.
Sebelum beliau,
penyanyi Ito menyampaikan dua lagu iaitu Ubah dan ‘Katulistiwa’. Sasterawan
Negara, Datuk A Samad Said mendeklamasikan satu sajak yang beliau sifatkan sajak
kini menjadi senjata. Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul menyatakan, pihak
penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini.
“Saya
difahamkan, jika kita guna stadium di Kota Bharu kita perlu bayar RM8,000
sahaja,” katanya. Dalam ucapan itu juga, Mohamad merakamkan ucapan terima kasih
kepada pihak pengelola stadium yang membenarkan himpunan ini diadakan.
“Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku,” kata Mohamad Sabu.
Menurut Mohamad, selain Kuala Lumpur, turut mengadakan perhimpunan kali ini
adalah bandaraya seluruh dunia termasuk Melbourne, Auckland, London, Jordan dan
juga lain-lain.
- Keadilandaily
0 comments:
Post a Comment