KUALA LUMPUR 27
Dis: Satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu penggunaan kalimah Allah akan
diatur segera demi menjaga kesepakatan dan sensitiviti agama, kata Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Kita akan atur
mesyuarat khas, segera untuk bincang isu itu. Saya yakin tidak ada konflik
berhubung isu itu kerana kita tahu menghormati hak dan sensitiviti agama lain,”
kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Kontroversi
kalimah Allah muncul pada sambutan Hari Krismas lalu berikutan perutusan dan
kenyataan susulan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, dimanipulasi media kawalan
Umno.
“Pakatan akan
mengambil pendirian bersama dalam isu ini,” kata Anwar ketika ditanya pemberita
selepas menghadiri perbicaraan kes saman fitnah terhadap Utusan.
0 comments:
Post a Comment