Tuesday, December 11, 2012

TM | Dapat RM1K Lapor Kecurian Kabel

Do you want to share?

Do you like this story?


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) menawarkan RM1,000 kepada orang ramai yang melaporkan sebarang kes kecurian kabel dalam usahanya mencegah kejadian tersebut sehingga mengakibatkan kerugian beribu ringgit kepada syarikat itu.

Pengurus Besar TM Kuala Lumpur, R. Manivannan berkata, tawaran tersebut juga terbuka kepada anggota polis, individu dan kumpulan yang dapat menahan suspek terbabit sehingga kes itu dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Sehingga Oktober tahun ini, di Kuala Lumpur sahaja, TM menanggung kerugian sehingga RM891,110 melibatkan 63 kes curi kabel.

“Sebanyak RM471,927.79 pula terpaksa ditanggung syarikat kami yang melibatkan 30 kes pada tahun lepas,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Pencegahan Kecurian Kabel TMKL bersama Polis KL di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pusat Media Polis Kuala Lumpur, ACP Rasdi Ramli.

Manivannan berkata, TM sebelum ini menggunakan sistem penggera I-Watch yang akan mengesan sebarang kes kecurian kabel, namun ia kurang berhasil.


YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements