KUALA TERENGGANU - Padah memegang punggung
seorang pelajar tingkatan lima, seorang penganggur berdepan hukuman penjara
sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan kerana
mencabul.
Tertuduh, Mohd Khairul Mat Amin, 28, dari
Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku bersalah melakukan
perbuatan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Mohd Khairul mengaku menyentuh punggung
mangsa berusia 17 tahun menggunakan tangan dengan niat mencabul kehormatan
dirinya di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, di sini, kira-kira jam 8.15
malam pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Majistret Noradila Ab Latif
menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh
hukum dan membenarkan Mohd Khairul diikat jamin RM3,500 dengan seorang
penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa,
Inspektor L Rathna, manakala Mohd Khairul tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian
mangsa bersama kakak angkatnya dalam perjalanan ke kelas tambahan di Losong,
Chabang Tiga, di sini, dengan menaiki motosikal sebelum diekori Mohd Khairul.
Ketika tiba di satu lorong gelap, Mohd
Khairul yang menaiki motosikal menghimpit mangsa dan cuba memegang buah dada
kakak angkat mangsa tetapi tidak berjaya.
Namun, Mohd Khairul sekali lagi menghimpit
motosikal dinaiki mangsa dan meraba punggung mangsa dari arah belakang
menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment