MADRID - Lionel
Messi menegaskan, kejayaannya memecah rekod jaringan terbanyak dalam tempoh
semusim tidak bermakna andai Barcelona gagal merangkul kejuaraan La Liga dan
Liga Juara-Juara.
Penyerang
Argentina itu memahat memadam rekod legenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller
yang mencipta 85 gol pada 1972 selepas dua jaringannya ketika membantu
Barcelona menumpaskan Real Betis 2-1 kelmarin, membolehkan dia mengumpul 86 gol
sepanjang 2012 untuk kelab dan negara.
Bagaimanapun
Messi, 25, menegaskan, dia lebih gembira jika dapat membantu pasukan merampas
kejuaraan domestik dan Eropah.
“Mencipta rekod
adalah sesuatu yang bagus tetapi lebih penting adalah kemenangan pasukan dan
perbezaan mata pada tangga teratas.
“Misi saya
adalah untuk memenangi kejuaraan bersama pasukan, kami mahukan Liga Sepanyol,
Piala Sepanyol atau Liga Juara-Juara, itu lebih utama daripada rekod peribadi,”
kata Messi.
Kemenangan
semalam membolehkan Barcelona kekal meneraju La Liga dengan kelebihan enam mata
ke atas pencabar rapat, Atletico Madrid dan 11 mata meninggalkan juara
bertahan, Real Madrid.
Messi tidak
menunggu lama untuk menyamai rekod Mueller. Jaringan pertamanya hadir pada
minit ke-16 selepas menewaskan pertahanan Betis, sebelum melakukan rembatan
kaki kiri ke penjuru kanan pintu gol. Detik sejarah tercipta hadir sembilan
minit kemudian apabila dia berada pada posisi yang hampir sama selepas menerima
gerakan cantik Adriano dan Andres Iniesta.
“Objektif
pertama saya sebaik musim baru bermula adalah memenangi satu lagi gelaran La
Liga,” kata Messi lagi, yang turut menjadi calon utama untuk memenangi anugerah
Pemain Terbaik Dunia Ballon d'Or buat kali keempat berturut-turut.
- Utusan
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment