Kota Bharu:
Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu
masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul
Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?
Itulah persoalan
diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di
stadium berkenaan.
Ini hanyalah
bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan
sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah
baik serta tidak pernah mengundang masalah," Mohd Yahya Jamada Ali,
Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.
Anggota tentera
terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal
hingga perlawanan tamat.
Mat Yo Turut
Dikawal
Pegawai dan
pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal
beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki
bilik persalinan di stadium terbabit.
Timbalan
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net),
Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal
di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan
yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.
Gambaran Penyokong
Ganas
“Kehadiran
anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan
pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.
“Ia juga
menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab.
Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ,”
katanya semalam.
Pengerusi Kelab
Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran
anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam
perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan
imej bola sepak negara.
Beliau berkata,
kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan
Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku
kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.
“Ini hanyalah
bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan
sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah
baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya.
Sementara itu,
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha
Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk
membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.
“Bagi saya
kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak
adalah tidak perlu.
“Ia adalah salah
dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama
sekali tidak patut berlaku,” katanya.
Dalam aksi yang
berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis
terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas
penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik
perlawanan tamat.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment