Semalam kami ada
menyiarkan sebuah video dan artikal yang memaparkan seorang mak cik bertindak
memukul pelancong asing warga Perancis di Krokop, Miri.
Didalam video
tersebut memaparkan babak hujung kejadian dikatakan mak cik telah memukul warga
perancis berkenaan.
Kami telah
dihubungi oleh wanita berbaju biru di dalam video tersebut dan mahu namanya
dirahsiakan yang merupakan adik iparnya.
Menurut beliau
kejadian tersebut berlaku pada 22 Mac 2015 dan video yang disiarkan tersebut
adalah babak akhir dan tidak menunjukkan keseluruhan kejadian berlaku.
"Wanita
yang memegang payung itu ialah kakak ipar saya, dia sedang mengundurkan kereta,
ketika itu 3 wanita eropah itu baru sahaja keluar dari kereta mereka yangg
parking disebelah kanan kereta kakak ipar saya sambil bersemabng dengan agak
kuat."
"Kakak ipar
saya tidak menyangka mereka akan melalui arah keretanya jadi dia pun
mengundurkan kereta secara perlahan dan tiba2 terdengar ada org mengetuk
"boot" kereta dia dengan kuat." ceritanya.
Kerana ketukan
itu kakak ipar beliau terkejut dan masuk semula kedalam kawasan parking. Beliau
keluar dari kereta lalu bertanya 'what happened ? Are you okay ?..'
"Salah
seorang dari 3 wanita eropah itu mula meninggikan suara dan menunjuk2 jari
kepada kakak ipar saya. Apabila kakak ipar saya melihat tubuh 3 wanita itu
(tinggi hampir 6 kaki manakala kakak ipar sy cuma 4'9"), dia tahu yg
mereka bukan lawan dia, jadi dia cuba masuk semula kedalam kereta tapi salah
seorang dari 3 wanita eropah menarik tangannya dgn kuat."
"Kakak ipar
saya cuba menahan diri tetapi wanita eropah berkenaan menolaknya sehingga
terjatuh ke atas jalan betul-betul sebelah pintu keretanya yang terbuka. Ketika
itulah, kakak ipar saya meminta bantuan saya yang duduk di seat
penumpang."
"Saya
keluar dari kereta dan cuba menjauhkan 3 wanita eropah tersebut dari kakak ipar
saya tapi mereka tetap dtg semula. Mereka menyumpah seranah dan meludah ke arah
kakak ipar saya dan menuduh dia sebagai salah seorang ahli ISIS dan pembunuh
Charlie Hebdo."
Kerana tuduhan
melampau tersebut menyebabkan kakaknya telah naik marah dengan meludah semula
menyebabkan wanita Perancis tersebut cuba menyerang kembali dan diapun lantas
mengambil payung di tepi tempat duduk pemandu.
"Dia cuba
menghalakan payung tersebut ke arah warga eropah itu tetapi terkena kepala
wanita tersebut.Jika ditanya kapada saya atau sesiapa, kakak ipar saya hanya
cuba mempertahankan diri."
"Selepas
itu, barulah seseorang mula merekod scene tersebut. 3 wanita eropah itu mula
menjauhkan diri bila salah seorang cedera. Jika anda berbadan kecil dan
diserang oleh 3 org perempuan yg berbadan tinggi dan besar, tidakkah anda akan
cuba utk mempertahankan diri dgn apa yang tangan anda mampu capai masa tu
?" tegas beliau.
Beliau turut
memberitahu kakak iparnya masih sakit sehingga sekarang selepas ditarik dengan
kasar oleh salah seorang wanita eropah berkenaan dan masih belum sempat menemui
doktor,
Jadi dari cerita
beliau jelas dia cuba mempertahankan dirinya. Sikap ayng tidak sepatutnya
ditunjukkan oleh wanita Perancis itu yang terus menuduh orang Islam sebagai
pengganas.
0 comments:
Post a Comment