Monday, March 17, 2014

PR Ajak Ahli Parlimen Solat Hajat

Do you want to share?

Do you like this story?

KUALA LUMPUR | Pakatan Rakyat mengajak semua ahli parlimen mengadakan solat hajat di Dewan Bankuet esok untuk memohon agar MH370 selamat ditemui.

Perkara itu disarankan oleh Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya solat hajat itu dibuat di Parlimen untuk menyatakan kesepakatan di kalangan ahli parlimen yang prihatin terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370.

"Cadangan ini tidak perlu dipermainkan. Solat hajat boleh dibuat di mana-mana. PAS pun buat tiap-tiap malam.

"Solat hajat ini kita buat atas kapasiti kita sebagai ahli parlimen, nyatakan kesepakatan kita," katanya.

Mahfuz dalam pada itu melahirkan kebimbangan terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370 yang sehingga kini belum ada sebarang petunjuk walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Apatah lagi katanya, usaha ini telah melibatkan 13 buah negara yang boleh mendedahkan kelemahan keselamatan negara kepada negara asing.

"Dibimbangi pihak negara lain mengambil kesempatan terhadap kelemahan keselamatan negara kita ketika mereka menjalankan usaha mencari MH370," katanya.

Penerbangan MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada jam 2.30 pagi 8 Mac lalu. Namun hari ini genap 10 hari kehilangan kapal terbang itu telah memberi petunjuk baru ia dirampas.
Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements