LONDON |
Malaysia mencadangkan seorang mufti di peringkat nasional dilantik di United
Kingdom bagi membolehkan interaksi dalam kalangan pengikut pelbagai mazhab
dilakukan di negara itu.
Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut adalah
antara isu yang dibincangkan bersama-sama dengan Setiausaha Hal-Ehwal Dalam
Negara Britain, Amber Rudd di sini.
“Saya
mencadangkan agar perbezaan mazhab antara umat Islam di Britain dapat
diperhalusi dan dicari persamaan demi manfaat bersama.
“Keadaan akan
menjadi lebih mudah jika kita mampu mencari persamaan dan bukannya hanya
memberi tumpuan terhadap isu perbezaan.
“Dalam konteks
ini, mungkin pelantikan mufti di peringkat nasional boleh dilakukan supaya
program kesederhanaan dapat dijalankan, selain menjadi platform pengikut mazhab
berbeza mencari persamaan,” katanya.
Dianggarkan
terdapat lebih tiga juta umat Islam di seluruh Britain dengan kira-kira 100,000
orang memeluk agama itu setiap tahun sekali gus menjadi agama paling pantas
berkembang di negara Eropah itu.
Menurut Ahmad
Zahid dalam pertemuan lewat petang semalam, Kerajaan Britain turut berminat
mendalami konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi amalan umat Islam
Malaysia.
Beliau yang juga
Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan
malam bersama kira-kira 400 orang Diaspora Malaysia di Park City Grand Plaza
malam Selasa.
Hadir sama ialah
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi. Ahmad
Zahid berada di Britain sempena lawatan rasmi lima hari bermula kelmarin.
Pada Rabu pula,
beliau dijadual menyampaikan syarahan bertajuk `Pengislahan Radikalisme dan
Ekstremisme’ di Auditorium Malaysia Pusat Pengajian Islam Oxford di universiti
terkemuka itu.
Sumber: Mynewshub
Sumber: Mynewshub
0 comments:
Post a Comment