Saturday, March 15, 2014

Cadang Raja Saudi Doa

Do you want to share?

Do you like this story?

Pelbagai usaha kini sedang rancak dijalankan baik oleh Kerajaan Malaysia mahu pun negara-negara luar bagi merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu.

Begitu pun sebagai orang Islam, semestinya kita harus berbalik pada agama sebagai penyelesaian untuk semua masalah.

Justeru Pengasas Imam Muda & Ustazah Pilihan, Tuan Asmawi Tuan Umar mengemukakan satu cadangan bagi menyelesaikan misteri ini iaitu memohon solat hajat dilakukan di dua tempat paling suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Bagaimanapun, hajat ini dilihat hanya mampu terlaksana sekiranya Perdana Menteri Malaysia dapat mewakili rakyat Malaysia dan memohon perkenan Kerajaan Arab Saudi menerusi  DYMM Raja Abdullah Ibni Abdulaziz Al-Saud untuk melaksanakannya.

Mudah-mudahan, sekiranya permintaan ini dipanjangkan dan diperkenan, pesawat MH370 dapat segera ditemui.

Pada masa sama, umat Islam di negara ini dianjurkan agar tidak menghentikan pelbagai usaha termasuk berdoa dan melaksanakan solat hajat bagi mengakhiri pencarian MH370.

Berikut adalah salinan surat Tuan Asmawi yang dikirimkan kepada Perdana Menteri Malaysia:

[#MH370 #PrayForMH370]
Kepada YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia @NajibRazak
Melalui
YBhg Dato’ Hj Sahlan Ismail dan YBhg Datuk Akmar Hisham Mokhles

PER : MEMOHON KERJASAMA DARIPADA DYMM KHADAM DUA TANAH SUCI, RAJA ABDULLAH IBNI ABDULAZIZ AL-SAUD

YAB Dato’ Sri,

Dengan hormatnya saya selaku rakyat biasa yang prihatin menarik perhatian YAB Dato’ Sri mengenai perkara tersebut di atas dan perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan isu insiden Pesawat MAS #MH370 yang menggemparkan negara kita Malaysia serta negara-negara berkaitan juga yang sehingga kini belum memberikan sebarang petanda jalan keluar setelah pelbagai usaha digunakan dengan bantuan negara-negara asing juga dan pelbagai ritual keagamaan dijalankan tidak terkecuali ramai rakyat kita sendiri di pelbagai peringkat telah mengadakan solat hajat dalam usaha menemukan jalan penyelesaian. Namun,usaha terbabit belum lagi membuahkan hasil seperti yang dijangkakan.

3. Oleh yang demikian, saya mohon mencadangkan agar YAB Dato’ Sri dapat mempersembahkan permohonan bagi pihak rakyat Malaysia khasnya dan negara lain amnya kepada DYMM Raja Abdullah Ibni Abdulaziz Al-Saud, Khadam Dua Tanah Suci yang juga Raja Kerajaan Arab Saudi bagi meminta solat hajat khas oleh kedua-dua buah Masjid Al-Haram iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Al-Madinah Al-Munawwarah agar kemelut dan insiden yang menimpa pesawat malang #MH370 yang kita alami sekarang ini menemui jalan keluar.

4. Pertimbangan dan kesediaan YAB Dato’ Sri mengusul sembah perkara ini kepada DYMM Tuanku Khadam Dua Tanah Suci amat saya serta warga Malaysia keseluruhannya amat hargai.

5. Sebagai rakyat biasa yang tidak punyai pengaruh dan kepentingan serta agak sulit untuk mengusulkan perkara ini kepada pihak YAB Dato’ Sri,maka saya berpendapat menerusi media sosial ini saya pohon dan harapkan ianya dianggap rasmi.

Sekian,terima kasih.

( TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR )
Pengasas Imam Muda & Ustazah Pilihan
Twitter : @tuanasmawi
Instagram : @tuanasmawi
Email : ustaztuan@gmail.com
Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements