KEMENTERIAN DALAM NEGERI: PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI
MALAYSIA 29 OGOS 2013
1. YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 49 buah Pertubuhan
Kongsi Gelap di seluruh negara sebagai pertubuhan- pertubuhan yang menyalahi
undang-undang mengikut seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013
melalui Pewartaan P.U. (A) 272/2013.
2. Pertubuhan-Pertubuhan Kongsi Gelap ini merupakan pertubuhan yang
menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini
seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di
antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, huru-hara dan melakukan pembunuhan
dengan cara menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang,
pisau, kuku kambing dan sebagainya.
3. Peruntukan di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], adalah
berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai
menyalahi undang-undang.
“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi
bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi
undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis
pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang
memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak”.
4. Dari segi implikasi pengisytiharan 49 pertubuhan kongsi gelap sebagai
pertubuhan menyalahi undang- undang di bawah seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan
1966:
a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan yang
menyalahi undang- undang untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan
kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.
b) segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan
diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan
c) tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai
seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut,
mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak
atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Mereka yang bertanggungjawab
menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan disiasat
dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai
contoh, seksyen 6 (2) dan 6 (3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966
serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.
d) tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota-
anggota, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan
yang menyalahi undang- undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52 (3),
Akta Pertubuhan 1966;
5. KDN dan agensi- agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan
Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan
terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan- kegiatan kongsi gelap dan jenis-
jenis jenayah berat yang lain demi memastikan keselamatan dan ketenteraman
awam. KDN juga bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya
Syarikat Malaysia dan Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk semua pihak
yang berkaitan bagi memperlihatkan keseriusan KDN dan PDRM untuk membanteras
jenayah.
6. Saya juga menyeru agar masyarakat turut memberi kerjasama dalam
membantu usaha kerajaan untuk membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan
kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.
SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
KONGSI GELAP:
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment