KUALA LUMPUR | Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79, menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Menurut anaknya
Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital
Putrajaya. Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint
10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.
Sementara itu,
menantu Allahyarham yang juga Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan
berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham
meninggalkan seorang isteri Puan Sri Salmah Abu Bakar, 69, tujuh orang anak,
lima lelaki dan dua perempuan. Anak Allahyarham, Datin Norazlina yang juga
isteri Abdul Rahman berkata jenazah bapannya akan dikebumikan selepas solat
Zuhur hari ini. Beliau berkata arwah bapanya baru sahaja menyambut ulang tahun
kelahiran pada 24 Jun lepas.
0 comments:
Post a Comment