Hasrat penyokong
Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit
di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai
di sini malam tadi.
Nik Aziz, 82,
yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk
menyampaikan tazkirah ringkasnya.
Bagaimanapun,
Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman
video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha
Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Selang beberapa
minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri
daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.
Sepanjang berada
di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik
tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan
yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan
seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment