1. Terengganu
Darul Iman adalah antara negeri yang sengit persaingan politik antara Parti Islam
SeMalaysia (PAS) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno). Selain Kelantan
dan Kedah, ia adalah antara negeri yang pernah dikuasai oleh PAS.
2. Apabila
jawatan Menteri Besar mula dipertandingkan dalam pilihanraya tahun 1959, PAS
telah berjaya memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
PAS pada 1959 memenangi 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu. PAS Pusat pada
ketika itu dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Profesor Zulkifli Mohamad.
Manakala PAS Terengganu pula dikepalai oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah sebagai
Pesuruhjaya PAS Negeri.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment