KUALA
TERENGGANU: Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Raja Datuk
Kamarul Bahrin Shah (gambar) menerima cabaran debat berhubung isu Pangsapuri
Ladang Gemilang di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Beliau
menyatakan demikian sebagai merujuk kepada keluaran Sinar Harian semalam
berhubung kenyataan Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh
tentang mengadakan debat isu nasib penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang.
“Dengan ini saya
ingin menyatakan bahawa saya menerima cadangan untuk mengadakan debat tersebut
demi kebaikan penghuni-penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang seperti yang dicadangkan oleh
Pegawai Pembangunan Dun Ladang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu,
beliau mengharapkan debat itu akan diadakan secara teratur dengan seorang
moderator dari institusi pengajian tinggi yang berpengalaman mengendalikan
debat seperti itu.
“Adalah juga
diharapkan penduduk-penduduk dan penghuni Ladang Gemilang khususnya dapat
menghadiri upacara tersebut,” ujarnya.
Merujuk kepada
artikel Sinar Harian itu juga, beliau ingin membuat sedikit pembetulan.
Pada sidang media yang telah diadakan dengan wakil Sinar
di Permai Inn Kuala Terengganu pada 27 Januari lalu, beliau telah menyatakan
bekalan elektrik dan air telah terputus disebabkan ada penghuni-penghuni yang
tidak mampu membayar bil air dan elektrik mereka dan dalam masa yang sama ada
warga tua yang sampai sepuluh (10 ) hari tidak dapat turun ke tanah oleh sebab lif
di pangsapuri tersebut sering rosak.
0 comments:
Post a Comment