Pasir Puteh:
Penduduk kampung mengenalinya sebagai pemanjat pokok yang cekap, namun kelmarin
Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘tersangkut’ hampir empat jam atas pokok kelapa di
Kampung Padang Pak Omar, Selising, dekat sini.
Lelaki itu yang
bekerja sebagai buruh, berkata dia memanjat pokok kelapa setinggi tiga tingkat
bangunan itu kerana mahu mengambil buahnya jam 6 petang, namun gagal turun dari
pokok itu.
Pandangan Jadi
Gelap
“Ketika di atas
pokok, pandangan saya jadi gelap seketika, saya dapat rasa pokok itu terlalu
tinggi, selain buah kelapa muda yang digugurkan sebelum itu kelihatan sebesar
biji saga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebaik berjaya dibawa
turun sepasukan anggota bomba.
Katanya, dia
hanya berdoa supaya terselamat dalam kejadian itu, selain berharap ada penduduk
melalui kawasan itu.
Ketua Pegawai
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharuddin Yahya, berkata
sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian
sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.01 malam.
- Berita
Harian
Darah tinggilah tu bang... banyak sangat minum teh tarik.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment