Thursday, January 17, 2013

Dana Asing Masuk Mencurah Selepas Himpunan Jalanan

Do you want to share?

Do you like this story?


Kuala Lumpur: Setiap kali pembangkang membuat demonstrasi jalanan, dana asing mencurah masuk memenuhi kantung bagi membolehkan mereka menjalankan gerakan menentang Barisan Nasional (BN). Tanpa demonstrasi jalanan, sukar untuk pembangkang memperoleh dana asing dan ia terbukti dengan demonstrasi jalanan BERSIH 1.0 pada 2007 yang menyebabkan dana asing mencurah masuk.

Saya lihat PKR tidak lebih sekadar batu loncatan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri," Syamsul Hidayat Mohd Sharif, Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK.

Taktik Kotor

Mendedahkan taktik kotor pembangkang, bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menyertai UMNO semalam, Syamsul Hidayat Mohd Sharif, berkata kantung pembangkang diisi dana asing itu disaksikannya sendiri ketika memegang jawatan berkenaan.

“Saya memegang jawatan dari 2007 hingga 2009. Ketika saya menyertai PKR, parti itu belum menguasai Selangor. Ketika itu dana parti memang amat daif hinggakan gaji kakitangan di pejabat parti di Brickfields dibayar lambat.

“Bagaimanapun, selepas pembangkang mengadakan BERSIH 1.0 pada 2007, dana asing mencurah masuk. Saya meninggalkan parti itu pada 2009 dan sekarang memilih UMNO sebagai wadah perjuangan kerana saya lihat PKR tidak lebih sekadar batu loncatan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat sambil disaksikan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, di ibu pejabat UMNO, di sini semalam.

Sertai UMNO

Turut menyerahkan borang itu ialah bekas peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, Saiful Ambar Abdullah, 34, dan bekas ahli AMK Bahagian Setiawangsa, Mohd Asrul Jailani, 21.

Syamsul Hidayat, 35, memohon menjadi ahli UMNO UMNO Bahagian Bagan Serai, manakala Saiful Ambar UMNO Bahagian Padang Serai dan Mohd Asrul dalam UMNO Bahagian Setiawangsa.


YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements