JAKARTA - Artis
popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan
Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang
berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
Mereka ditangkap
sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah
Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
Penahanan artis
terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang
media di sini petang ini.
Pasukan BNN
turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di
tempat kejadian.
Raffi yang juga
bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti,
sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat
Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.
Media tempatan
memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti
itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal
calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.
0 comments:
Post a Comment