SHAH ALAM -
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan wujudnya amalan syirik dalam
parti itu sambil menyifatkan dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebagai tidak berasas sama sekali.
Menurutnya, Pas
tidak pernah mengamalkan ajaran syirik selain menafikan wujud penyebaran ajaran
Syiah dalam kalangan ahli dan pemimpin.
“Saya telah lama
mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau
berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan
pula yang timbul,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mustafa,
dakwaan yang dibuat Ismail Mina itu mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa
mengenai Pas.
“Semua orang
boleh bercakap pelbagai perkara, tetapi hal ini tidak akan menjejaskan Pas sama
sekali,” katanya.
Dalam pada
itu,mengulas akan hasrat Ismail Mina untuk bertemu dan menjelaskan dakwaannya
kepada kepimpinan parti, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang
perkara tersebut.
Sebelum ini
Ismail Mina dalam laporan portal berita, mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas
kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan
pluralisme.
Susulan dakwaan
tersebut, Ketua Penerangan Pas, Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti
itu menyerahkan perkara tersebut kepada sayap ulamanya untuk tindakan lanjut
termasuk bertemu dengan Ismail.
Ismail telah
menyatakan kesediaan untuk bertemu dan menjelaskan dakwaan itu.
Sementara itu,
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, adalah baik untuk Ismail Mina
bertemu dan menjelaskan dakwaannya bagi mengelakkan kekeliruan.
“Meskipun dalam
Pas dakwaan Ismail Mina itu tidak berlaku, tetapi beliau perlu memberi
penjelasan berhubung kenyataannya itu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment