SEREMBAN -
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul
seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada
minggu lalu.
Pegawai berusia
40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di
bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu.
Sumber berkata,
ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif
sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.
Kata sumber itu,
mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu
kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis.
Difahamkan,
mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin
sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini.
Wanita itu turut
mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba
punggung mangsa.
Kejadian
terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa
mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.
Sumber itu
memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun
Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara
sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.
- Kosmo
pss: Hidup Polis Malaysia!
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment